GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 24 Januari 2013

Hakim tolak Dakwaan terhadap seekor Kambing


Gary si kambing

SYDNEY - Seorang hakim di Australia membatalkan dakwaan terhadap seekor kambing, Gary, yang dituduh memakan bunga di halaman Muzium Seni Kontemporari, Sydney.

Keputusan hakim dikeluarkan pada Rabu (23/1/2013) dalam kes yang didaftarkan oleh Polis Rocks, Sydney. Polis menjatuhkan denda sekitar US $ 465 setelah melihat Gary memakan bunga di luar muzium.

Polis menganggap pemilik kambing bertindak ceroboh kerana membiarkan kambing itu merosakkan tanaman.

Namun pemilik kambing, pelawak James Dezarnaulds, memutuskan untuk memperkarakan denda itu.

Hakim Mahkamah Sydney, Carolyn Barkell, mengatakan tidak ada bukti yang menunjukkan Dezarnaulds membuat kambingnya memakan bunga dengan tujuan merosakkan bunga-bunga yang ada.

'Penghamburan' Wang Cukai

Menanggapi keputusan mahkamah, Dezarnaulds menyampaikan terima kasih kepada semua pihak yang membantu termasuk pasukan peguam.

"Nama Gary telah dipulihkan dari semua fitnah ini. Yang dilakukan Gary hanya sekadar makan," kata Dezarnaulds.

"Saya ingin menyampaikan terima kasih kepada peguam McGirr kerana membantu saya," tambah pelawak itu.

Peguam Paul McGirr mengatakan denda seharusnya tidak perlu dijatuhkan.

"Cuba fikirkan wang pembayar cukai yang dihamburkan untuk menuntut seseorang kerana kambing miliknya memakan rumput atau tanaman," tutur McGirr.

Wartawan BBC di Sydney Nick Bryant melaporkan kambing Gary tidak dihadirkan di ruang sidang tetapi menunggu di luar mahkamah ketika dakwan ditolak hakim.

* Sumber kompas.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP