GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 4 Januari 2013

Lelaki tergemuk diDunia turun berat badan 158kg,harus pula lakukan Pembedahan Kulit


Foto : Paul Mason (Paul Nixon)

SUFFOLK - Paul Mason yang sempat dinobatkan sebagai lelaki tergemuk di dunia, sudah mengalami penurunan berat badan. Namun Mason perlu menjalani pembedahan untuk mengangkat kulitnya yang menggelambir.

Lelaki berusia 51 itu sempat memiliki berat yang hampir mencapai 444 kilogram. Ahli bomba terpaksa menghancurkan bahagian depan rumah Mason ketika Mason dilarikan ke rumah sakit. Mason pun diangkat dengan menggunakan mesin pengangkat barang.

Kurang lebih dua tahun yang lalu, bekas pekerja pos dari Suffolk, Inggeris, itu mengalami penurunan berat badan sebanyak 158 kilogram. Namun Mason masih merasa tertekan kerana dia tidak boleh menjalani pembedahan sehingga berat badannya stabil.

Kulit-kulit Mason yang menggelambir cukup mengganggunya dalam berjalan. Namun Mason tetap harus mengecilkan berat tubuhnya agar dapat menjalani operasi pengangkatan kulit itu.

"Kulit saya melipat. Kulit di belakang lutut saya terkoyak kerana kulit-kulit yang menggelambir ini sangat berat," ujar Mason, seperti dikutip Daily Mail, Khamis (3/1/2013).

Saat ini, Mason sibuk menulis buku mengenai pengalaman medisnya. Mason mengaku ingin hidup normal, belajar memandu, pergi bercuti, dan berkumpul bersama rakan-rakannya.

Selain menulis, Mason juga aktif menekuni perniagaan perhiasan. Sejak dulu, Mason mengatakan bahawa dirinya sangat tertarik dengan perniagaan itu.

Mason sempat menyantap makanan berkalori 20 ribu setiap harinya. Tubuhnya pun membesar sehingga kelihatan seperti belon. Mason mulai gemar makan di usianya yang ke-20, iaitu pada saat ayahnya meninggal dan ibunya sakit.

* Sumber okezone.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP