GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 21 Januari 2013

Minum Air Kencing sendiri untuk usir Setan


imej ritual pengusiran hantu dan roh jahat

BORAAS - Pasangan berasal dari Republik Demokratik Congo didakwa telah melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak di Sweden. Dakwaan muncul setelah mereka diduga berusaha untuk mengusir syaitan dari puteri mereka yang berumur 10 tahun, yang mereka fikir merupakan seorang ahli sihir.

Pasangan itu didakwa, Jumaat (18/1) lalu, di Boraas, di Sweden bahagian barat, lapor Telegraph, Minggu.

Jaksa setempat, Daniel Larson, berkata, pasangan itu "berfikir putri mereka penyihir dan (mereka) menolak tuduhan" telah melakukan penyiksaan.

Mereka disyaki telah melakukan tiga tindakan penyeksaan yang dilakukan antara Februari 2007 hingga Februari 2008, termasuk memaksa gadis kecil itu minum campuran cecair pembersih dan kencingnya sendiri. Mereka juga dituduh telah memukul kanak-kanak itu sehingga pengsan.

Anak itu, yang menyatakan dia tidak punya hubungan biologi dengan orang tuanya, telah dibawa ke pusat asuhan tahun 2008 setelah ada kebimbangan dia mendapat perlakukan yang buruk di rumahnya. Para gurunya cemas dengan pakaiannya yang kotor, dan mengira ia telah diperlakukan secara berbeza dengan saudara-saudaranya.

Larson berkata, setelah ia dipindahkan dari ibu bapa, ia merasa cukup selamat untuk menceritakan pengalamannya.

Harian tempatan, Boraas tidning, melaporkan secara online pada 2008 bahawa orang tuanya telah meminta wang kepada negara guna membawa anak itu kembali ke Congo agar boleh menjalan ritual pengusiran syaitan di sana. Namun permohonan itu ditolak.

Selanjutnya perbicaraan kes itu akan diadakan lagi dalam beberapa bulan lagi.

* Sumber kompas.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP