GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 14 Januari 2013

Protes Anti Gay di Paris


SEJUMLAH penunjuk perasaan menghadiri tunjuk perasaan menentang perkahwinan gay di Paris semalam

PARIS - Ratusan ribu orang termasuk penganut agama Islam mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perkahwinan gay di bandar raya ini semalam.
Protes itu diadakan bagi membantah tindakan Presiden Perancis, Francois Hollande untuk membenarkan perkahwinan gay.
Sebanyak 900 buah bas digunakan untuk membawa para penunjuk perasaan di lokasi tunjuk perasaan di sini.
Tunjuk perasaan tersebut dihadiri oleh pelbagai penganut agama termasuk Kristian.
"Kami mahu draf undang-undang perkahwinan gay itu ditarik balik," kata seorang penganjur penunjuk perasaan, Patricia Soullier.
Beliau membuat kenyataan itu kepada stesen televisyen BFM-TV sebelum menaiki sebuah kereta api bagi menghadiri tunjuk perasaan tersebut.
Sebelum ini, Menteri Kehakiman, Christiane Taubira menganggap undang-undang perkahwinan itu sebagai satu perubahan terhadap tamadun manusia.
Beberapa wanita yang tidak berbaju dengan mendedahkan payudara turut diadakan di Vatican yang merupakan tempat tinggal Ketua Gereja Kristian Katolik, Benedict XVI.
Bagaimanapun, beberapa anggota polis menangkap wanita-wanita tersebut.
Kumpulan wanita itu mengadakan tunjuk perasaan bagi menentang perkahwinan gay.
Mereka merupakan anggota pertubuhan pembela hak wanita yang dikenali sebagai FEMEN. - Agensi
* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Abam Kie 14 Januari 2013 pada 1:34 PTG  

salam. dunia dah nak kiamat ni. x yah kahwin la...mana ada agama benarkan lesbian n gay kahwin? done follow.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP