GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 9 Januari 2013

Tujuh anggota bomba selamatkan seekor Tupai dianggap sebagai Operasi mengarut


ANGGOTA bomba tiba di tempat kejadian.
London: Tujuh anggota bomba bergegas menyelamatkan seekor tupai dalam satu operasi bernilai enam ribu pound (RM29,000).
Anggota bomba tiba di tempat kejadian dengan tiga jentera bomba selepas seorang penduduk melaporkan haiwan itu terperangkap dalam lalang di tengah kolam. Mereka membuat laluan ke tebing tasik menggunakan dua tangga dengan seorang anggota bomba masuk ke dalam air memujuk tupai yang ketakutan itu. Haiwan itu kemudian merapati “jambatan” sementara sebelum berlari menaiki anak tangga dan melompat ke tempat selamat.
Balai Bomba dan Penyelamat Herts, semalam mengesahkan insiden di Watford High Street itu. Jurucakapnya berkata: “Tiga jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian di mana seekor tupai terperangkap.” Bagaimanapun, ahli Parlimen tempatan dari parti Konservatif, Richard Harrington mengkritik operasi menyelamat yang mengarut itu.
Harrington berkata: “Balai Bomba dan Penyelamat Herts melakukan tugas yang hebat - bagaimanapun, ia seolah-olah tindakan yang berlebihan dan membazir.
“Tidak pasti mengapa terlalu banyak jentera bomba dan anggota bomba yang dihantar ke tempat kejadian. “Persoalan yang serius perlu dijawab jika tindakan itu akan menyebabkan panggilan lebih serius lain tidak dapat dipenuhi,” katanya.
“Ia keterlaluan bagi seekor tupai, tetapi mungkin soalan perlu dikemukakan,” katanya.
Kos untuk menghantar sebuah jentera bomba bagi menangani panggilan palsu dianggarkan kerajaan bernilai 1,970 pound (RM9,600) pada 2008. Ia menyebabkan kos menyelamatkan tupai di daerah itu bernilai RM29,000. Haiwan berkenaan terperangkap kerana ia tidak dapat melompat menaiki tembok konkrit di kolam itu.
TUPAI yang ketakutan berlari menaiki tangga ketika diselamatkan.
Pada Mac 2011 anggota bomba di Gosport, Hants, enggan memasuki tasik sedalam tiga kaki di mana seorang lelaki jatuh selepas mengalami serangan epilepsi. Peraturan keselamatan menggariskan mereka tidak boleh memasuki air lebih dalam daripada separuh paras but kecuali situasi mengancam keselamatan nyawa. Mereka percaya lelaki terbabit sudah mati. - The Sun


* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP