GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 1 Februari 2013

Harga Gunting Rambut Naik 2 Ringgit



PETALING JAYA: Tukang gunting rambut di kalangan masyarakat India di negara ini memutuskan untuk menaikkan harga bagi perkhidmatan menggunting rambut sebanyak RM2 berkuat-kuasa Jumaat.
Presiden Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India, K. Kaviarasan berkata keputusan sebulat suara itu dibuat pada mesyuarat mereka di sini, Rabu lalu.
Menurut beliau kali terakhir tukang gunting rambut menaikkan harga perkhidmatan mereka adalah 10 tahun lalu.
Jelas Kaviarasan, peningkatan itu disebabkan beberpa faktor termasuk sewa kedai yang lebih tinggi, peningkatan harga untuk peralatan gunting rambut, peningkatan tarif elektrik dan air serta peningkatan gaji pekerja.
"Caj terdahulu sebanyak RM11 untuk memotong rambut dan mencukur dinaikkan kepada RM13 manakala mereka yang sebelum ini mengenakan bayaran sebanyak RM12 boleh naikkan kepada RM14," katanya.
Sementara itu Kaviarasan berkata, caj sebanyak RM9 untuk memotong rambut dan mencukur di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang akan meningkat kepada RM11.
"Kami percaya kenaikan RM2 tidak akan membebankan pelanggan kerana mereka biasanya datang ke kedai gunting rambut kira-kira sekali sebulan," katanya, sambil menambah bahawa tukang gunting India mengenakan bayaran yang lebih rendah berbanding salun rambut lain.
Beliau berkata persatuan itu akan mempertimbangkan tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang gagal untuk mematuhi keputusan untuk menaikkan harga itu.
* Sumber mStar Online

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 1 Februari 2013 pada 8:55 PTG  

Kena beli mesin potong rambut sendiri lepas ini lagi jimat!

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP