GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 1 Februari 2013

Pelukan akan membuat Kanak kanak ini merasa terbakar


Luka lepuh dibadan Maisy

Maisy Keetch, 7 tahun, menderita epidemolisis bulosa. Keadaan di mana kulit tubuhnya tidak tidak bersatu dengan baik. Penyakit kronik ini membuat tubuhnya sensitif pada sentuhan, termasuk pelukan hangat dari ibunya.

Setiap hari. Amy ibunya, memeluk dirinya, Maisy akan mengalami ruam merah pada sekujur tubuhnya. Permukaan kulitnya berubah dalam sekejap seperti luka bakar. Dalam kehidupan seharian, Maisy juga harus berhati-hati apabila bermain dengan temannya, untuk tidak menambah ruam pada kulitnya.

Dalam dunia perubatan, keadaan ini juga dikenali dengan sindrom kupu-kupu, kerana permukaan kulitnya serapuh sayap serangga. Untuk mengelakkan sentuhan orang, tangan Maisy dibalut terus menerus sepanjang masa. Meski orang tuanya telah berusaha untuk mengelakkan sentuhan dari puterinya, umur Maisy dianggarkan hanya sampai 30 tahun.

Amy menuturkan, setiap bangun pagi, puterinya pasti mendapati luka baru di tubuhnya. Di saat itu pula, Maisy akan menangis dan menjerit kerana kesakitan. Dipetik The Sun, Amy juga selalu berbohong pada anaknya setiap kali akan membersihkan tubuh anaknya. "Saya akan berbohong dengan lembut setiap akan membuka balutan di tangan dan kakinya, jika lukanya telah hilang."

Selanjutnya, Amy akan memandikan Maisy dalam air yang diberi ubat khusus untuk menghilangkan rasa sakitnya. Setelah itu, Amy akan bergegas untuk membalutkan tubuh puterinya dengan kain pembalut kembali.

Usia Maisy yang terus menjejak dewasa membuatnya semakin sedar dengan keadaan tubuhnya. Ia selalu merasa tidak percaya diri dengan keadaannya. Setiap soalan tentang keadaannya pada Amy kerap membuatnya sedih.

"Dia kadang-kadang bertanya. Mengapa gadis-gadis lain mempunyai kulit yang halus dan bukan aku?" Di sini, dia hanya boleh menjawab kalau setiap orang memiliki kekurangan, dan ia tetap cantik dengan keadaannya ketika ini.

* Sumber live.viva.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP