GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 21 Februari 2013

Terkini : Fizz Fairuz Cabut Lari, Sembunyi!


Kemesraan Fizz bersama Azlyn Maissiela. Gambar Berita Harian.
PETALING JAYA: Hasrat pelakon Fizz Fairuz yang ingin menghilangkan kekusutan berhubung isu pertunangannya dengan isteri orang menjadi bertambah parah apabila timbul pula isu lain yang turut berkait.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, yang bertunang dengan Azlyn Maissiela Mohd Nazar, 26, pada 10 Februari lalu terpaksa memutuskan pertunangan selepas mendakwa wanita itu sebenarnya isteri orang.
Malah dalam laporan akhbar Harian Metro pada Rabu Fizz mendakwa dia mungkin terkena buatan orang selain kesal dengan pertunangan yang tergesa-gesa itu,.
Individu yang mendakwa suami kepada wanita tersebut dalam akhbar yang sama pada Khamis mendakwa Azlyn sedang ‘sakit’ selain mendedahkan dia dan wanita itu sudah bernikah di Thailand sebagai isteri keduanya tanpa mendaftarkan perkahwinan itu di negara ini.
Malangnya menerusi akhbar Berita Harianpada Khamis, wanita berkenaan yang berasa malu dengan tuduhan berkenaan tampil “melondehkan” segala-galanya mengenai hubungannya dengan Fizz selama ini selepas keburukan dia dihebohkan oleh Fizz.
Azlyn yang mendakwa masih bujang mendakwa telah mengenali Fizz sejak lima tahun lalu tetapi menjalinkan hubungan secara serius bermula setahun yang lepas.
Pendedahan Azlyn itu secara tidak langsung memberi gambaran Fizz Fairuz telah bermain kayu tiga – iaitu mengaku bercinta dengan Almy Nadia tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Apakah kesudahan cinta Fizz dan Almy Nadia?
“Work smart” yang dilakukan oleh Fizz tidak menjadi apabila gambar pertunangan dia dengan Azlyn didedahkan oleh media.
Jika pendedahan itu tidak dibuat media, sehingga ke hari inilah kontroversi tersembunyi ini tidak akan diketahui.
Sebagaimana didedahkan Azlyn, pelakon lelaki ini dilihat mempunyai banyak masa untuk menjalinkan pertemuan bagi mengeratkan perasaan cinta mereka.
Tetapi, dalam hal ini wanita yang seolah-olah paling teruk terkena permainan Fizz adalah Almy Nadia kerana dia benar-benar terpedaya.
Pendedahan Azlyn juga memperlihatkan Fizz selama ini kurang menyenangi Almy Nadia walaupun dia tidak pernah meluahkan hasrat secara terbuka meninggalkan pelakon wanita itu.
Apa-apa pun ‘drama’ lakonan Fizz ini telah terbongkar dan secara tidak langsung mencalarkan reputasinya sendiri kerana dialah yang mencari masalah tanpa berjaya menyusun strategi dengan baik.
Seperti biasa, apabila keadaan semakin meruncing, Fizz menyalahkan “bomoh” kononnya apa yang terjadi ini adalah ada unsur-unsur penggunaan ilmu hitam.
Sehingga ke hari ini, Fizz cuba melarikan diri, telefon tidak berangkat malah rakan-rakannya juga mengunci mulut untuk tidak mendedahkan di manakah dia berada.
Fizz sudah tersepit bersama masalah akibat padah yang dicari sendiri.
Larilah Fizz selagi mampu kerana di depan sana lagi banyak lubang-lubang besar yang menunggu.
* Sumber mStar Online

3 Merujuk kepada perkara diatas :

suria lekatlekit 21 Februari 2013 pada 10:01 PTG  

yang nyata curang tu terang2 berlaku.. yang lelain kena bomoh, tunang dgn bini org bagai tu tak tau sejauh mana lagi betul

Bukan Mengata cuma nak cerita >> TAYANG GAMBAR BOGEL ANAK SENDIRI
Bukan Mistik Tapi Seram >> AWAS!JANGAN SAMPAI ANAK ANDA DI JAGA IBLIS

Tanpa Nama ,  22 Februari 2013 pada 6:36 PTG  

Fizz sebenarnye yang 'mental' kot........ Azlyn, padan muke ko... Dahtau fizz brcinta dgn almy, kenapa ko gedik2 kacau bf org??

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP