GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 31 Mac 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Lelaki Bergelar Datuk Seri Dicari Bantu Kes Op Daulat


Hamza menunjukkan gambar lelaki yang bergelar "Datuk Seri" pada sidang media di Felda Sahabat pada Ahad. Foto MUGUNTAN VANAR / THE STAR
LAHAD DATU: Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.
"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.
Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.
Beliau berkata, tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.
Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. 
- BERNAMA (mStar Online)

Read more...

Wanita Ini Tak Sedar Sudah Hamil 9 Bulan


Froud dan bayinya (Daily Mail.)

Tujuh jam selepas merasakan kram perut, Hannah froud melahirkan seorang bayi perempuan. Ajaibnya, wanita usia 22 tahun itu tidak menyedari jika dirinya sedang hamil. Namun, apabila ia pergi ke rumah sakit, doktor menyatakan bahawa dirinya sedang hamil 35 minggu, hampir sembilan bulan!

Froud sebenarnya telah merasakan sakit sejak 8 Februari, tapi rasa sakitnya terus berlanjutan hingga akhir pekan dan semakin parah. Pada hari Isnin, rakan kerjanya menyarankan froud untuk segera memeriksakan diri ke rumah sakit.

Saat tiba di rumah sakit dan menjalani semua ujian, petugas paramedik mengatakan dia harus segera melakukan persalinan, demikian dikhabarkan Daily Mail.

"Ini aneh, semuanya terjadi begitu saja. Satu minit lalu aku merasakan sakit perut, tapi setelah pemeriksaan aku diberi tahu kalau aku akan mempunyai seorang bayi," ujarnya.

Froud mengatakan selama ini dia tidak pernah mengetahui kalau dirinya tengah hamil. Ia hanya merasakan sakit perut. Orang tua froud yang mengetahui anak perempuannya melahirkan langsung membeli pakaian bayi. Mereka tahu, jika putrinya sama sekali tidak mempersiapkan diri untuk melahirkan.

Saat ini Jessica, bayi froud, telah berusia satu bulan. Froud bersyukur tidak ada masalah kesihatan yang dialami putri kecilnya itu.

* Sumber vivanews.com


Read more...

Virus baru lebih bahaya dari SARS

Pesakit yang dijangkiti koronovirus ini akan mengalami simptom seperti kesukaran bernafas, demam, batuk dan radang paru-paru dalam tempoh 48 jam

LONDON - Virus baru yang yang menyebabkan kematian kedua di Britain, minggu lalu didakwa lebih berbahaya dari SARS (Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk).

Koronovirus misteri yang menyerang sistem pernafasan dan dipercayai berasal dari Timur Tengah itu mula dikenal pasti awal tahun lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan angka kematian kini mencecah 11 orang dan dua daripadanya ialah warga Britain.

Ahli mikrobiologi, Yuen Kwok-yung berkata, jika virus tersebut mengalami mutasi ia mungkin akan menjadi wabak pembawa maut.

"Virus baru ini boleh menyerang banyak organ dan membunuh sel dengan cepat berbanding SARS," katanya menurut laporan MailOnline.

Sebanyak 17 kes dilaporkan sejak WHO mengeluarkan amaran berjaga-jaga pada September lalu.  
      
Pembawa koronovirus itu juga masih tidak dapat dikenal pasti, namun saintis Netherlands mendakwa hasil penyelidikan ke atas sampel darah pesakit menunjukkan ia mungkin disebarkan oleh spesies kelawar Asia. 

* Sumber sinarharian



Read more...

3 Gambar Model Gagal Susukan Anak Lembu di Brazil


BRAZIL – Seorang model dari Brazil, Sabrina Boing Boing, mencetuskan kontroversi dan kejutan di negara berkenaan apabila dia memuat naik gambar dia cuba menyusukan seekor anak lembu dalam Instagram.

Bagaimanapun percubaan Boing Boing itu tidak berjaya.

Ini kerana sukar bagi anak lembu berkenaan untuk menghisap susunya.

Tindakan model yang menggelar diri sebagai pencinta binatang tersebut bagaimanapun dikutuk oleh penduduk Brazil.

Mereka menyifatkan perbuatannya itu sebagai menjijikkan dan `sakit’.

Namun tidak kurang pula yang berpendapat anak lembu itu sebagai bertuah.

Ini bukan kali pertama Boing Boing melakukan perbuatan yang menyebabkan orang ramai memandang sinis kepadanya.

Minggu lepas, Boing Boing memuat naik gambar dia sedang memberi makan kepada burung unta dalam Instagram.

Dalam gambar berkenaan, Boing Boing meletakkan buah di celah payu daranya sebelum memberi makan kepada burung unta tersebut.

Bagaimanapun nampaknya Boing Boing atau nama sebenarnya Sabrina Almeida gembira dengan kontroversi yang diraihnya itu.

“Ada sesetengah perkara tidak perlu masuk akal, ia berbaloi,’’ katanya.

* Sumber berita mynewshub.my


Read more...

Baru sehari jadi GRO dah kena Serbu


KAMALLUDIN (tengah berdiri) memeriksa wanita asing yang ditahan.
Melaka: Seorang wanita asing disyaki pelayan pelanggan (GRO) yang baru sehari bekerja di sebuah pusat karaoke di Taman Merdeka Permai, Batu Berendam, di sini, hanya mampu terkedu dan terpinga-pinga ketika menyedari premis itu diserbu pihak berkuasa, malam kelmarin.
Dia yang berusia lingkungan 20-an antara 21 wanita warga Vietnam yang dicekup dalam serbuan dijalankan sepasukan 13 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen negeri diketuai Timbalan Penolong Pengarahnya, S Santhee dan Azmi Jusoh. Difahamkan, dalam operasi bermula jam 8 malam, semua wanita berusia 17 hingga 32 tahun berkenaan rata-ratanya melayan pelanggan di dalam bilik yang disediakan di premis itu.
Sejurus menyedari kehadiran pihak berkuasa, mereka yang berpakaian seksi tidak sempat berbuat apa-apa dan ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil siasatan imigresen mendapati pusat karaoke itu pernah diserbu sebelum ini, namun didapati tidak serik kerana masih melakukan kesalahan sama.
Justeru, pemilik premis dan dua pekerja berusia 20 hingga 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan.
* Sumber myMetro



Read more...

Hati hati dengan SMS sebut Cerai

imej google

Dubai: Pesanan ringkas (SMS) dihantar seorang suami kepada isteri mengandungi satu perkataan ‘cerai’ sudah cukup menjadikan perceraian itu sah, menurut satu fatwa Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai.

Satu laporan dalam akhbar bahasa Arab Al Ittihad menyatakan, fatwa itu sebagai maklum balas terhadap pertanyaan seorang lelaki. 
Dia ingin tahu sama ada mesej SMS yang dihantar kepada isteri yang memberitahu dia menceraikannya adalah sah menurut undang-undang Syariah. 


Pertengkaran

Wanita itu kemudian meninggalkannya dan pergi ke rumah bapanya selepas bertengkar dengannya.

Lelaki itu kemudian pergi ke rumah bapa mentua dan memberitahu dia sudah menceraikannya.

Satu lagi pertengkaran berlaku selepas itu dan dia sekali lagi memberitahu isterinya yang dia mahu menceraikannya. 
Kemudian dia menghantar satu lagi SMS memaklumkan menceraikannya, menjadikannya tiga semuanya.

Seorang ulama memutuskan, walaupun pengisytiharan cerai ketika marah tidak sah, bagaimanapun dalam kes lain, mesej SMS adalah sah. 
 
-AGENSI (BH)

Read more...

Info Kesihatan : Minum teh boleh elak kanser

Minum teh dengan kerap juga menurunkan risiko menghidap ketumbuhan. - Foto AGENSI

Penyelidik Belanda kaji 892 lelaki tunjuk kesan baik minuman

Amsterdam: Lelaki yang minum sekurang-kurangnya dua cawan teh sehari boleh mengurangkan risiko diserang barah prostat sehingga lebih satu pertiga. 

Minum teh dengan kerap juga menurunkan risiko menghidap tumor sebanyak 37 peratus berbanding mereka yang minum kurang sekali seminggu. 

Tahun lalu, sebagai contoh, kajian di Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih berisiko mendapat penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan lelaki sepanjang 37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan sehari berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara sederhana dan tidak minum langsung.

Namun, faedah sama tidak diperoleh daripada kopi, menurut kajian saintis di Universiti Maastricht, Belanda.

Hampir 40,000 kes barah prostat dikesan setiap tahun di United Kingdom dan 10,000 lelaki maut akibatnya – bersamaan dengan lebih seorang dalam masa sejam.

Risiko itu meningkat dengan usia, dengan lelaki berusia lebih 50 tahun lebih berkemungkinan menghidap tumor dan ada elemen genetik padanya. Seperti juga jenis barah lain, diet menjadi faktor utama dalam perkembangan penyakit.

Minuman popular 
Pada masa sama, ada juga percanggahan bukti mengenai peranan minuman popular itu.

Tahun lalu, sebagai contoh, kajian di Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih berisiko mendapat penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan lelaki sepanjang 37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan sehari berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara sederhana dan tidak minum langsung.

Begitupun, penyelidik mengakui mereka tidak pasti jika teh benar-benar menjadi faktor risiko, atau peminum berada pada usia penyakit itu lebih kerap menyerang.

Dalam kajian terbaru, pengkaji Universiti Maastricht membandingkan 892 lelaki dikesan ada barah prostat dengan bilangan sama lelaki sihat, menilai tabiat pemakanan dan minuman mereka.

Kajian dilakukan ke atas penduduk lelaki di Amerika Syarikat, yang menyaksikan kopi lebih popular. Cuma satu dalam lima sukarelawan minum sekurang-kurangnya secawan teh sehari, berbanding hampir 60 peratus yang lebih gemar kopi.

Hasil kajian disiarkan jurnal Cancer Causes Control menunjukkan dua cawan atau lebih teh sehari seperti mempunyai kesan antibarah, manakala kopi tidak. 


- AGENSI (BH)


Read more...

Pencerobohan Lahad Datu : Penduduk Kampung dikejutkan dengan 3 das tembakan


ABD Jabbar Bavotty dan isterinya, Norhaya Rusman hilang kata-kata melihat rumah mereka yang musnah di Tanjung Labian.
Lahad Datu: Kegembiraan hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian, di sini yang dibawa memasuki perkampungan mereka semalam, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan.
Ini menyebabkan sebahagian penduduk yang memasuki rumah masing-masing bertempiaran lari untuk berkumpul di kawasan lapang berhampiran dengan masjid yang ada di Kampung Tanjung Batu.
PENDUDUK Kampung Tanjung Labian membaca doa sebelum membuat penilaian kerosakan ke atas rumah mereka.
Bunyi tembakan dari arah penempatan tepi laut dipercayai 500 meter dari masjid itu kedengaran sekitar jam 12 tengah hari, kira-kira 30 minit selepas pasukan keselamatan membenarkan mereka memasuki penempatan itu.

Susulan itu, anggota pasukan keselamatan yang bertugas mengawal kedua-dua kampung bersebelahan dikerah menyiasat kejadian itu.
Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang berada di tempat kejadian menjelaskan, tembakan itu dilepaskan oleh pasukan keselamatan sebagai amaran.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Read more...

Dazrin dan Hairul Menang Fear Factor Selebriti Malaysia


Dazrin Kamarudin dan Hairul Azreen
KUALA LUMPUR: Pelakon Dazrin Kamarudin dan Hairul Azreen berjaya dinobatkan juara musim pertama program cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia selepas berjaya menentang saingannya iaitu Hefny dan Hafizul.
Kemenangan itu melayakkan Dazrin dan Hairul membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000.
Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad di The Square, Publika, di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysiayang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam Sabtu.
"Alhamdulillah atas kejayaan ini kerana memang kami sasarkan untuk menang.
"Tetapi tak sangka kemenangan ini benar-benar berpihak pada kami," kata Dazrin pada sidang media di sini.
Selain Dazrin-Hairul, pasangan selebriti Hefny-Hafizul, Dafi-Zoey dan Elfira-Ajak Shiro turut bersaing pada peringkat akhir namun tersingkir pada cabaran terakhir.
Fear Factor Selebriti Malaysia yang dihoskan oleh pelakon Aaron Aziz mula menemui penonton sejak 29 Disember lalu.
Program sebanyak 13 episod itu disertai 30 artis tanah air dengan masing-masing dibahagikan kepada 15 kumpulan diuji dengan pelbagai tugasan mencabar. Program berkenaan menjalani penggambaran selama lebih tiga minggu di Cape Towin, Afrika Selatan.
Turut menyertai program ini ialah Didie Alias, Jehan Miskin, Kaka Ashraff, Farish Aziz, Azam Pitt, Gabit Saifullah, Ezlynn, Nik Michael (Masterchef 1), Mejar Dr Faiz, Celina Khor, Akim Ahmad, Arja lee dan Johan As’ari.
* Sumber mStar Online

Read more...

Sabtu, 30 Mac 2013

Penat dan Tersiksa kerana Sepanjang Hari Selalu Orgasme


Bagi kebanyakan orang, orgasme adalah sesuatu yang selalu dinanti dan akan sangat dinikmati kedatangannya. Namun tidak bagi perempuan-perempuan ini yang justeru keletihan dan lama-lama tersiksa kerana dalam sehari boleh orgasme hingga puluhan, bahkan ratusan kali.


Gara-gara semasa muda pernah jatuh dari tangga, Kim Ramsey mengalami persistent arousal disorder, yakni gangguan yang membuatnya terangsang sepanjang masa. Akibatnya hal-hal remeh seperti getaran kereta api boleh membuat perempuan 45 tahun asal new Jersey ini orgasme hingga 100 kali dalam sehari.


Rachel, perempuan asal Atlanta juga termasuk pengidap persistent arousal disorder yang tidak diketahui sebabnya. Akibatnya ia boleh mengalami terangsang sepanjang masa bahkan hampir setiap 30 saat, sampai-sampai tidak berani memegang mesin basuh kerana getarannya boleh membuatnya orgasme.


Lain halnya dengan Zara Richardson, penghidap persistent arousal disorder dari Basingstoke. Perempuan 30 tahun ini mudah sekali terangsang hingga orgasme kalau sedang berada di supermarket. Sambil mendorong troley, melalui pintu putar dan bahkan hanya duduk-duduk di kerusi, ia boleh mengalami orgasm hingga 500 kali dalam sehari.


Ruth Byron, perempuan 50 tahun asal Blackpool mengalami rata-rata 40 kali orgasme dalam sehari. Keadaan yang juga disebabkan oleh persistent arousal disorder ini membuatnya harus mencari bantuan perubatan, berupa ubat untuk melemaskan otot dan juga kaunseling dengan psikologi.


Kalau yang lain terangsang oleh getaran atau gerakan, Gabi Jones asal Colorado boleh langsung orgasme setiap kali melihat atau menikmati makanan. Malangnya lagi, ia justeru menikmati gangguan ini dan jadi semakin kerap makan sehingga berat badannya bertambah sekitar 95 kg hanya dalam masa 5 tahun.

* Sumber detikhealth

Read more...

Muzium Aneh, Simpan Ribuan Rambut Wanita


Muzium rambut di bawah kedai gerabah. (amusingplanet.com)

Muzium ini termasuk salah satu muzium aneh dunia. Muzium rambut atau dikenali dengan Hair Museum. Mungkin anda juga tertanya-tanya, untuk apa muzium ini dibina. Adalah Chez Galip, orang di sebalik pembuatan muzium ini 30 tahun lalu di Avanos, Cappadocia, Turki.

Galip membuat museumnya sedikit tersembunyi. Di bawah kedai gerabah miliknya yang menjajakan kerajinan tangan khas Turki. Awalnya ia hanya berniat menyimpan potongan rambut milik teman dekat, yang memberikannya sebagai kenangan saat akan meninggalkan Avanos.

Dari kisah ini, banyak pengunjung kedainya yang lalu ikut memberikan potongan rambut diabadikan di museumnya. Sampai saat ini potongan rambut yang berdaftar di muzium sudah lebih dari 16,000 jenis rambut. Rambut-rambut ini dihantar oleh wanita-wanita di seluruh dunia.

Terbayang bagaimana suasana di dalam muzium. Agak gelap kerana lorong gua dipenuhi deretan helai rambut, lengkap dengan label kertas yang mengandungi nama, alamat, dan nombor telefon pemiliknya.

Uniknya, sebagai penghargaan, Galip juga memberikan hadiah pada para penderma rambut ini. Di setiap bulan Jun dan Disember, ia mengambil rawak sepuluh pemilik rambut. Mereka yang terpilih akan diterbangkan ke Cappadocia untuk bercuti selama seminggu. Menikmati keindahan negeri ini sepuasnya, dan belajar membuat gerabah.

* Sumber vivanews.com


Read more...

Pakcik Ibrahim bikin Gempak ( kampung style muzik )



Gua tabik sama lu Pakcik !




Read more...

Presiden Pakistan Pervez Musharraf kena baling kasut

Musharraf (tengah) mengesat kepalanya selepas seorang peguam membaling kasut ke arahnya di mahkamah. - Foto AP

Karachi: Seorang peguam semalam membaling kasut ke arah bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf ketika beliau berjalan masuk bilik mahkamah untuk melanjutkan tempoh jaminan atas tuduhan bersubahat membunuh dan memecat hakim. 

Sekumpulan 20 peguam membantah ke atas bekas pemerintah diktator tentera itu di Mahkamah Tinggi Sindh, sambil menjerit ‘dia seorang diktator dan perlu digantung’ sebelum seorang daripada mereka membaling kasut, kata saksi kejadian. 

Membaling kasut dianggap tanda penghinaan bagi orang Islam. Kasut itu, bagaimanapun, tidak kena Musharraf, berdasarkan rakaman televisyen. 


Saksi berkata, peguam itu kemudian dibawa keluar oleh pegawai keselamatan berpakaian preman. Musharraf kembali ke tanah air selepas empat tahun hidup dalam buangan, Ahad lalu. 

Beliau berada di mahkamah untuk melanjutkan tempoh jaminan yang diberi kepadanya minggu lalu berhubung kes pembunuhan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto, tindakannya memecat hakim pada 2007 dan pembunuhan pemimpin pemberontak Baluchistan pada 2006. 

Pegawai mahkamah berkata tempoh jaminan Musharraf dalam kes hakim dilanjutkan selama dua minggu lagi. Seorang anggota parti Liga Islam Pakistan berkata beliau diberi lanjutan 21 hari dalam dua lagi kes. 

Individu paling kontroversi 


Bekas diktator itu dianggap individu paling kontroversi hampir lima tahun selepas meletak jawatan kerana berdepan prosiding pemecatan dan tidak dianggap pencabar serius meski bertanding dalam pilihan raya Mei ini. 

Ketika memegang jawatan presiden, beliau adalah sekutu utama Amerika Syarikat dalam ‘perang ke atas keganasan’, pakatan yang amat kontroversi di Pakistan. Beliau juga terselamat daripada sekurang-kurangnya tiga cubaan bunuh oleh al-Qaeda. 

Anak lelaki Benazir, Bilawal Bhutto Zardari, yang juga pengerusi Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang bakal melepaskan kepemimpinan, menuduh Musharraf menjadi dalang di sebalik pembunuhan ibunya. 


-AFP (BH)


Read more...

PRU-13: Pembubaran Parlimen Mungkin Hanya Selepas Pertengahan April


PETALING JAYA: Pembubaran Parlimen bagi membuka laluan kepada pilihan raya umum dilihat mungkin berlaku hanya selepas minggu kedua pada April apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan menunaikan umrah pada minggu depan.
Sumber berkata, Perdana Menteri dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 3 April selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet akan datang dan mengambil bahagian dalam acara berbasikal di Putrajaya.
Beliau dijangka pulang dua hari selepas itu.
Bagi orang Islam, umrah kadang-kala dilakukan untuk mendapatkan petunjuk sebelum membuat keputusan utama dan Najib, ia dijadikan sebagai upacara tahunan.
Spekulasi tersebar luas mengenai Perdana Menteri, yang akan menandakan tahun keempat beliau di pejabat pada Rabu depan, mungkin akan menghampiri ke lima penggal penuh dalam Parlimen pada masa ini, yang akan tamat pada 30 April, sebelum pilihan raya diumumkan.
"Kami sudah bersedia tetapi parti komponen Barisan Nasional dan jentera sentiasa boleh menggunakan mana-mana masa tambahan yang ada untuk memastikan bahawa kita akan bersedia sehabis baik untuk pilihan raya umum," kata Ketua Penerangan Barisan Nasional, Datuk Ahmad Maslan.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan tamat pada Khamis tetapi ia akan diikuti dengan tiga negeri sekiranya Perdana Menteri memutuskan untuk membenarkan Parlimen mencukupi penggal penuh.
Negeri-negeri itu ialah Pulau Pinang yang tamat pada 2 Mei, serta Kedah dan Terengganu, dengan kedua-duanya tamat pada 6 Mei.
Sejak beberapa hari lepas, Perdana Menteri telah mempengerusikan siri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin parti komponen dan pemimpin negeri Barisan Nasional untuk memuktamadkan senarai calon.
Selain mengerjakan umrah, difahamkan bahawa Najib juga akan mengadakan lawatan singkat ke Brunei pada 24 April bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.
Tiada Perdana Menteri Malaysia yang terlepas menghadiri mesyuarat itu kerana Asean adalah asas dasar luar negara.
* Sumber mStar Online

Read more...

Foto : Mustang Wanted digelar sebagai Spider-man sebenar


Seorang bekas penasihat undang-undang warga Ukraine mengambil gambar mencemaskan ini ketika mendaki bangunan dan bergayut dari menara di Kiev dan Moscow.
Tanpa menggunakan alat keselamatan, pemuda berusia 26 tahun itu yang menggelar dirinya “Mustang Wanted” mempertaruh nyawa menerusi hobinya di peringkat ekstrem. Aksi lagak ngerinya yang membuatkan orang gementar termasuk bergayut di bangunan hanya dengan sebelah tangan dan mengimbangkan diri secara menjinjit di atas batang logam yang tergantung tinggi.
Aksi berbahaya dilakukannya itu membolehkan dia mendapat jolokan nama samaran “Spider-Man sebenar” Dia menulis dalam laman Facebooknya: “Ketakutan tidak wujud. Kadang-kadang saya rasa macam robot. Saya tidak merasakan apa-apa.
“Kematian bukan perkara terburuk yang boleh terjadi. Setiap orang akan mati, tetapi tidak semua orang dapat hidup sebagaimana yang mereka inginkan.
“Jika anda takut dengan semua perkara, anda perlu hidup dalam makmal yang telah disteril.” Mustang menegaskan dia lebih rela mati daripada mengalami kecederaan yang akan menamatkan kariernya. “Jangan cuba meniru aksi yang saya lakukan kerana ia benar-benar berbahaya. “Saya sudah melakukan aksi ini selama bertahun-tahun, hanya untuk kepuasan diri. Jaga kehidupan dan kesihatan anda!” Mustang masih mencari peluang penajaan dengan menawarkan untuk dirakam bergambar bersama logo syarikat sambil bergayut dari bangunan pencakar langit setinggi 213 meter.
Gambar Gambar Maut dibawah : -
* Sumber


Read more...

Pencerobohan Lahad Datu : Mengaku Islam tapi tidak tahu mengucap


MAYAT seorang pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo, Lahad Datu

SEMPORNA – Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.
Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.
“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.
“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.
“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.
Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.

MAYAT pengganas Sulu yang di kumpulkan di Hospital Lahad Datu baru-baru ini.

Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, berdasarkan soal siasat, anggota pengganas yang ditahan itu mendakwa mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.
Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.
“Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.
Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.
Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.
Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.
* Sumber kosmo! Online

Read more...

Jumaat, 29 Mac 2013

Anggota Keselamatan Terbunuh Dalam Operasi Daulat Syahid Akhirat - Mufti Kedah


SUNGAI PETANI: Anggota keselamatan beragama Islam yang terbunuh dalam Operasi Daulat di Sabah kerana mempertahankan negara adalah syahid akhirat dan bukan syahid dunia, kata Mufti Kedah Datuk Sheikh Mohamad Baderuddin Ahmad.
Beliau berkata mempertahankan negara adalah fisabilillah yang wajib bagi umat Islam kerana ia sama seperti berjuang menegakkan agama.
Katanya anggota polis dan tentera yang terbunuh bagi membanteras kumpulan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah tidak wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan.
"Dalam kes ini tidak kira penyerang penganut Islam atau kafir, anggota pasukan keselamatan yang terbunuh tetap syahid akhirat," kata Mohamad Baderuddin ketika menyampaikan tazkirah pada majlis Istighazah Al-Kubra di Masjid An-Naim Markas 6 Briged Kem Lapangan Terbang di sini, Jumaat.
Program anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Markas 6 Briged itu dihadiri kira-kira 1,500 orang anggota tentera, polis dan awam termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain.
Mufti itu turut mengingatkan masyarakat supaya menghargai keamanan kerana dalam suasana aman sahaja ekonomi negara berkembang menjadi mantap, negara berupaya membangun dan rakyat tidak berada dalam ketakutan.
"Golongan yang menolak perpaduan dan enggan bersatu atas nama Islam dianggap kufur dan mereka pasti menerima azab Allah SWT kelak," katanya.
Sementara itu, Mukhriz berkata langkah MPM sebagai badan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan program agama seumpama itu merupakan tindakan tepat untuk menyatupadukan umat Melayu dan Islam yang dilihat telah berpecah.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata perpecahan orang Melayu berlaku kerana mereka terlalu banyak berpolitik sehingga isu pencerobohan pengganas di Sabah yang mengancam keselamatan negara turut dipolitikkan.
"Kerana mahu melihat perpaduan orang Melayu kembali utuh...saya yakin usaha berterusan MPM dengan membabitkan masyarakat secara menyeluruh akan mengubah minda orang Melayu untuk menerima Islam sebagai agenda bersama," katanya.
Program Istiqhazah Al-Kubra yang bermaksud 'memohon pertolongan Allah SWT' itu bermula dengan solat sunat tahajud, hajat, witir dan bacaan Yassin dan tahlil untuk wira negara yang terkorban di Lahad Datu sebelum solat Subuh dan diikuti tazkirah dan membaca doa Istiqhazah.
BERNAMA

Read more...

Apa kena dengan Lelaki ini, pakai Topeng Rusa Setiap Hari


Topeng rusa (Foto: Metro)

BEIJING - Seorang lelaki memakai topeng kepala rusa setiap hari selama lima tahun. Aksi aneh ini dia lakukan untuk mencari inspirasi dan kedamaian dalam dirinya.

Seorang seniman asal China, Luo Dan mengenakan topeng kepala rusa sejak 2009 silam dan saat ini dia merasa sudah terbiasa menggunakannya.

Lelaki berusia 32 tahun ini memakai topeng haiwan bertanduk itu apabila ia bekerja atau bersantai di waktu luangnya.

Seperti diberitakan Metro, Sabtu (28/3/2013), topeng rusa itu dapat membantu Luo Dan mencari inspirasi dan kedamaian dalam batinnya.

Pelukis dan pereka itu juga menambah ketika memakai topeng itu ia mencari kedamaian yang telah lama hilang di dalam batinnya.

"Rusa adalah binatang yang jinak. Ketika memakai topeng itu, saya dapat mencari kedamaian dan saya merasa seperti rusa yang sesungguhnya," ungkap Luo Dan.

Tidak jelas berapa lama ia merancang untuk memakai topeng rusa tersebut, tetapi sepertinya dia tidak akan melepaskannya dalam waktu dekat.

* Sumber okezone.com


Read more...

Arab Larang Penggunaan Skype dan WhatsApp


UAE - Perkhidmatan mesej yang biasa terdapat pada telefon bimbit pintar seperti Skype, Viber dan WhatsApp kemungkinan akan disekat di Arab Saudi.

Peringatan soal ini dikeluarkan oleh regulator telekomunikasi. Pemerintah Arab juga meminta agar ada alat yang boleh digunakan untuk memantau aktiviti penggunaan aplikasi seperti ini.

Syarikat telekomunikasi yang menyediakan aplikasi ini diberi masa seminggu untuk menanggapi peringatan tersebut.

Pembekal rugi

Sejauh ini belum ada penjelasan kenapa kerajaan mengeluarkan permintaan seperti ini. Namun banyak yang menduga, sikap ini tidak lain dipengaruhi oleh peningkatan kerugian yang dialami oleh syarikat telekomunikasi akibat kewujudan aplikasi komunikasi percuma yang sangat popular di negara itu.

Namun seorang bloger di negara itu, Ahmed Omran mengatakan kemungkinan beberapa syarikat telekomunikasi akan tergoda untuk meluluskan permintaan dari regulator meskipun itu akan mengecewakan pelanggan mereka.

Seorang pemerhati yang lain yang menuliskan artikel soal ini di Arab News bahkan punya dugaan lebih jauh lagi yang menyebut sebenarnya permintaan sekatan dan pengawasan ini datang dari syarikat telekomunikasi untuk menentang kewujudan aplikasi komunikasi percuma tersebut.

Langkah yang dilakukan saat ini serupa dengan usaha beberapa tahun lalu untuk menghentikan perkhidmatan mesej serupa.

Peraturan ini mendapat kritikan dari sejumlah pekerja asing di negara itu yang mengatakan bahawa komunikasi dengan aplikasi ini sangat membantu mereka mengelakkan kos yang mahal.

Sementara warga Saudi sendiri mengatakan akan merasa tidak selesa jika komunikasi mereka dengan menggunakan aplikasi seperti Skype diawasi.

* Sumber tribunnews.com


Read more...

Muat turun Foto buka dada ke Facebook, Gadis Tunisia Dikecam


Inilah Amina (19) yang dikecam para pemuka agama Tunisia kerana memuat naik foto telanjang dadanya ke akaun Facebook

TUNIS - Seorang ulama Salafi Tunisia menyeru agar seorang gadis berusia 19 tahun yang memuat naik gambar bogel dadanya ke Facebook agar "dikuarantin" dan "dihukum rejam" sebelum perbuatannya itu merebak.

Sebuah harian Tunisia, Assabah News memetik kenyataan ulama Alami Adek, kepala Suruhanjaya Kebajikan dan Pencegahan Perbuatan Jahat.

"Sesuai hukum agama, gadis itu layak mendapat 80 hingga 100 kali sebatan. Namun, apa yang dia lakukan lebih daripada itu. Dia layak direjam sampai mati dan dia harus dikuarantin kerana apa yang dilakukannya boleh merebak," kata Alami.

"Gadis itu menderita penyakit serius dan menular, sehingga di harus dipisahkan dan ditangani," tambah dia.

Gadis yang membuat heboh itu bernama Amina, yang merupakan ahli pergerakan wanita Femen.

Di akaun Facebook-nya, Amina terlihat memegang sebatang rokok dalam keadaan telanjang dada. Di tubuhnya terpampang tulisan dalam bahasa Inggeris berbunyi "Tubuh saya adalah milik saya".

Femen dalah organisasi perempuan yang berpusat di Ukraine yang kerap melakukan aksi protes ekstrim sambil telanjang dada yang mereka dakwa sebagai usaha untuk menegakkan hak-hak perempuan.

Ketua Femen, Inna Shevchenko di Paris, Perancis, mengatakan Amina dibawa ibu bapanya ke sebuah rumah sakit jiwa di Tunisia akibat tindakannya itu.

Sementara itu, sejumlah media Tunisia melaporkan tindakan Amina boleh menghantar gadis belia tersebut ke penjara selama dua tahun dan perlu membayar denda sebanyak Rp 600.000 hinga Rp 6 juta.

* Sumber kompas.com

Read more...

Wanita Ini Rela tanpa Pakaian Demi Promosikan BolaSepak


Toni Duggan (evertonfc)

Bola sepak wanita di England memang kurang popular berbanding bola sepak lelaki. Padahal, prestasi timnas Inggeris wanita di kancah antarabangsa tidak kalah glamor bila dibandingkan dengan bola sepak lelaki.

Tak aneh jika pemain pasukan wanita Everton, Toni Duggan rela jika perlu tampil bogel untuk mempromosikan bola sepak wanita di England. Duggan yang mendapatkan penghargaan sebagai Pesepakbola Muda Wanita Terbaik Inggeris 2012 ini mengaku tidak malu jika harus tampil topless.

Wanita 21 tahun ini sangat terinspirasi dari megabintang Inggeris, David Beckham yang menjadi model pakaian dalam lelaki.

"Jika David Beckham boleh menghasilkan wang dengan menanggalkan pakaian, mengapa kami para wanita tidak boleh melakukannya," ujar Duggan seperti dilansir Huffington Post.

"Saya ingin melakukannya, tapi teman-teman saya yang lain sepertinya keberatan dengan idea ini," lanjut wanita yang berposisi sebagai penyerang ini.

Komentar Duggan tersebut tidak lama selepas Presiden FIFA, Sepp Blatter berkata jika para pesepakbola wanita harus memakai seluar yang pendek untuk menarik perhatian lelaki. Tiba-tiba perkataannya tersebut mendapat kecaman dari orang awam, terutama kaum hawa.

* Sumber us.bola.viva.co


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP