GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 3 Mac 2013

Rumah sewa seluas 'keranda'



Golongan ekspatriat muda Jepun memilih untuk tinggal di pangsapuri 'keranda' dengan bayaran sewa sebanyak 400 pound sebulan. - AGENSI

TOKYO 1 Mac - Kebanyakan ekspatriat muda Jepun di sini didapati memilih untuk tinggal di rumah pangsapuri yang mempunyai keluasan seperti 'keranda'.


Pendedahan itu dibuat oleh sebuah stesen televisyen tempatan yang mengadakan program di satu daripada kediaman penyewa berkenaan di daerah, Shibuya.

Bandar raya Tokyo yang merupakan satu daripada bandar raya paling sesak di dunia dipercayai menyumbang kepada perkara itu.

Menariknya, tuan rumah mengenakan sewa sebanyak 400 pound (RM1,874) sebulan kepada penyewa pangsapuri 'keranda' yang digelar masyarakat Jepun sebagai 'geki-sema' atau rumah kongsi.

Pangsapuri yang lebih menyerupai bentuk sebuah almari itu disusun di atas satu sama lain dengan setiap bilik hanya memuatkan seorang penghuni.

Namun rumah kongsi yang hanya boleh memuatkan barang peribadi penyewa dilihat akan mendatangkan kesulitan kepada mereka yang mempunyai ketinggian 1.8 meter untuk meregangkan kaki mereka.

Kebanyakan pangsapuri itu disewa oleh golongan profesional muda yang meluangkan kebanyakan daripada masa mereka dengan bekerja dan berada di luar dan menjadikan tempat tersebut hanya untuk tidur semata-mata. - AGENSI

* Sumber Utusan

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP