Rusuhan Bantah perkahwinan sejenis
Tweet
PARIS 26 Mac - Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan belantan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi membantah draf undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis dan kebenaran membolehkan golongan homoseksual mengambil anak angkat.
Tindakan itu diambil selepas beratus-ratus ribu penunjuk perasaan cuba memasuki jalan raya ke Champs-Elysees dan menuju Istana Presiden dalam demonstrasi tersebut.
Penunjuk perasaan terdiri daripada aktivis konservatif, ibu bapa yang membawa anak-anak, pesara dan paderi, berkumpul di ibu negara ini semalam bagi mendesak kelulusan rang undang-undang itu dibatalkan.
Beberapa jam pertama, tunjuk perasaan itu berlangsung dengan aman namun bertukar menjadi ganas apabila kira-kira 100 belia cuba merempuh sekatan polis ke Champs-Elysees.
Keganasan yang berlaku ekoran demonstrasi tersebut mengejutkan pelbagai pihak.
Bantahan itu juga dilihat menjadi medan penunjuk perasaan melepaskan kemarahan dan kekecewaan terhadap kerajaan pimpinan Presiden, Francois Hollande.
Dewan Rendah Parlimen bulan lalu meluluskan rang undang-undang 'perkahwinan untuk semua' sebelum dibentangkan di Dewan Senat bulan depan.
Kedua-dua dewan Parlimen itu didominasi oleh Parti Sosialis pimpinan Hollande dan sekutu-sekutunya.
Demonstrasi bantahan berterusan diketuai pihak berhaluan konservatif, mengurangkan sokongan terhadap draf undang-undang itu beberapa bulan ini dan penganjur tunjuk perasaan tersebut berharap Dewan Senat tidak akan meluluskan rang undang-undang berkenaan.
- AGENSI ( Utusan )
Anggota polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan semasa demonstrasi membantah draf undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis di Champs-Elysees, Paris, Perancis, kelmarin. - AFP
PARIS 26 Mac - Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan belantan untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi besar-besaran bagi membantah draf undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis dan kebenaran membolehkan golongan homoseksual mengambil anak angkat.
Tindakan itu diambil selepas beratus-ratus ribu penunjuk perasaan cuba memasuki jalan raya ke Champs-Elysees dan menuju Istana Presiden dalam demonstrasi tersebut.
Penunjuk perasaan terdiri daripada aktivis konservatif, ibu bapa yang membawa anak-anak, pesara dan paderi, berkumpul di ibu negara ini semalam bagi mendesak kelulusan rang undang-undang itu dibatalkan.
Beberapa jam pertama, tunjuk perasaan itu berlangsung dengan aman namun bertukar menjadi ganas apabila kira-kira 100 belia cuba merempuh sekatan polis ke Champs-Elysees.
Keganasan yang berlaku ekoran demonstrasi tersebut mengejutkan pelbagai pihak.
Bantahan itu juga dilihat menjadi medan penunjuk perasaan melepaskan kemarahan dan kekecewaan terhadap kerajaan pimpinan Presiden, Francois Hollande.
Dewan Rendah Parlimen bulan lalu meluluskan rang undang-undang 'perkahwinan untuk semua' sebelum dibentangkan di Dewan Senat bulan depan.
Kedua-dua dewan Parlimen itu didominasi oleh Parti Sosialis pimpinan Hollande dan sekutu-sekutunya.
Demonstrasi bantahan berterusan diketuai pihak berhaluan konservatif, mengurangkan sokongan terhadap draf undang-undang itu beberapa bulan ini dan penganjur tunjuk perasaan tersebut berharap Dewan Senat tidak akan meluluskan rang undang-undang berkenaan.
- AGENSI ( Utusan )
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan