GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 10 April 2013

Kempen benci orang Islam

Kanak-kanak lelaki Islam Sri Lanka menghadiri kelas agama di sebuah kejiranan di Colombo. Sentimen kebencian ke atas penduduk Islam di Sri Lanka sejak akhir-akhir ini meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan satu lagi pertelagahan etnik di negara itu. - Foto AP

Colombo: Duta Amerika Syarikat ke Sri Lanka, Michele J Sison menyuarakan kebimbangan mengenai ucapan berbaur kebencian dan serangan terhadap orang Islam di negara itu. 

Beliau memberi amaran, sentimen seperti itu wajar tidak dibenarkan meningkat. 

Ucapan berbaur kebencian, penghinaan dan serangan terhadap kedai peniaga Muslim termasuk masjid semakin meningkat. Nasionalis Sinhala-Buddha 

Ia dilakukan kumpulan nasionalis Sinhala-Buddha sejak beberapa bulan lalu dan ketiadaan tindakan balas oleh kerajaan dan polis menyebabkan mereka dituduh menyokongnya meskipun dinafikan. 

Amerika serta ramai penduduk Sri Lanka bimbang dengan beberapa serangan terhadap tempat perniagaan milik orang Islam khususnya hasutan supaya tindakan itu dilakukan, kata Sison kepada wartawan asing di sini, kelmarin. 

Sentimen kebencian seperti ini tidak boleh dibenarkan berterusan, katanya sambil menambah, suara toleransi mesti dapat mengalahkan sikap pelampau. 
Satu resolusi tajaan Amerika mengenai Sri Lanka di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), minggu lalu, juga menyuarakan kebimbangan terhadap diskriminasi agama itu. 


-AFP (BH)

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP