GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 18 April 2013

Loceng Raksasa berat 2 tan Jatuh, Memerangkap Seorang Pelancong


Lin Wang, terperangkap dalam sebuah loceng tua seberat dua tan di Kuil Linzi di Wilayah Shandong, China. Bomba setempat perlu waktu dua jam untuk membebaskan Lin.

BEIJING - Malang benar nasib Lin Wang, seorang pelancong yang tengah melawat Kuil Budha Linzi di Wilayah Shandong, China.

Saat tengah melihat-lihat, Lin Wang tertarik dengan loceng raksasa milik kuil itu yang mempunyai berat kira-kira dua tan.

Tak cukup melihat dari sisi luar, Lin Wang kemudian berdiri di bawah loceng raksasa itu. Saat asyik melihat-lihat, Lin Wang tak menyedari baut-baut yang mengikat loceng itu mengendur dan akhirnya loceng itu jatuh dan memerangkap Lin Wang di dalamnya.

Pasukan bomba tempatan dikerahkan untuk menolong Lin Wang. Mereka bekerja lebih dari dua jam dengan menggunakan forklift untuk membebaskan sang pelancong.


"Loceng itu usianya sangat tua dan harus diperlakukan dengan sangat hormat," kata juru bicara kuil.

"Namun, loceng itu terlepas dan mengurung lelaki itu. Dia sangat beruntung tidak tertimpa loceng yang sangat berat ini," lanjut si juru bicara.

Pengawas keselamatan bangunan mengatakan loceng raksasa itu terlepas setelah baut-baut yang mengikatnya kendur akibat getaran loceng setiap kali dibunyikan.


Lalu bagaimana perasaan sang pelancong setelah lepas dari 'perangkap' loceng raksasa itu?

"Ini adalah sebuah loceng dan memang seharusnya dibunyikan. Mereka seharusnya memastikan benda ini selamat," kata Lin Wang.

* Sumber kompas.com



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP