GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 5 April 2013

#PRU13 : SPR Tetap Tarikh Penamaan Calon, Pengundian Dalam Mesyuarat Khas Rabu Ini


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Rabu ini bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata selain dua tarikh penting itu, mesyuarat yang akan diadakan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya itu akan menetapkan tarikh pengundian awal dan menentukan daftar pemilih pilihan raya umum berkenaan.
"SPR menerima perisytiharan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'adzam Shah berhubung pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April (Rabu lepas). Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri kecuali DUN Sarawak pula, SPR telah menerima perisytiharan pembubaran DUN masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.
Beliau berkata pembubaran Dewan Rakyat dan DUN itu adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri tersebut yang memberi laluan kepada SPR untuk mengadakan PRU-13.
Kamaruddin berkata menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itu. "Peruntukan yang sama turut terkandung dalam Perlembagaan Negeri-negeri tersebut bagi maksud mengadakan pilihan raya umum bagi DUN," katanya. 
-BERNAMA

1 Merujuk kepada perkara diatas :

suara kuantan 6 April 2013 pada 4:44 PTG  

Jom undi Umno/BN
Tolak Pakatan Ruyuk..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP