GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 6 Mei 2013

Awas ! Facebook boleh jadikan Manusia menghidap simptom psikotik ( ketagihan ) kata Doktor dari Israel

Facebook mampu mengubah seseorang itu menjadi ketagih. (gambar hiasan)

BENARKAH laman sosial Facebook mampu mengubah seseorang itu menjadi gila dan kuat berkhayal?

Menurut saintis Israel, seseorang itu akan menghidapi sejenis simptom psikotik yang mengundang ketagihan kepada penggunaan internet sekali gus menjadikan mereka kuat berkhayal akibat perhubungan maya dalam rangkaian laman sosial itu.

Ketua pengkaji dari Universiti Tel Aviv, Doktor Uri Nitzan berkata, hasil ujian awal mendapati majoriti pesakitnya mengalami masalah kemurungan sungguh pun mereka tidak memiliki sejarah gangguan mental.

"Apabila akses internet menjadi semakin meluas dan mudah, secara tidak langsung satu dimensi psikotik wujud membabitkan komunikasi berkomputer seperti Facebook dan laman sembang yang memudahkan penggunanya terjebak ke arah masalah mental," kata Nitzan yang juga pensyarah di Fakulti Perubatan dan Pusat Kesihatan Mental Shalvata.

Akibat daripada kemurungan juga, pesakit lebih selesa berkomunikasi secara virtual sekali gus mencetuskan masalah kuat berkhayal yang diciptakan sendiri oleh mereka.

* Sumber sinar


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP