Bersalin dalam keretapi,Bayi naik keretapi percuma seumur hidup
Tweet
GAMBAR menunjukkan imej bayi bertuah yang dilahirkan di stesen keretapi Mexico kelmarin.- AP
BANDAR MEXICO - Datuk Bandar Mexico, Miguel Angel Mancera mengumumkan bahawa seorang bayi yang dilahirkan di stesen kereta api bawah tanah bandar itu akan dibenarkan menaiki perkhidmatan kereta api tersebut secara percuma seumur hidupnya.
Pengumuman itu dibuat selepas seorang ibu yang sarat mengandung telah bersalin di stesen tersebut ketika dalam perjalanan ke hospital menggunakan perkhidmatan keretapi terbabit.
Ibu berusia 22 tahun itu melahirkan seorang bayi lelaki pada Selasa lalu.
Para pekerja kereta api, polis dan pasukan paramedik telah membantu wanita itu untuk melahirkan anaknya di stesen tersebut dekat pintu masuk di sebuah platform.
Mancera mengeluarkan pengumuman itu melalui laman Twitternya.
Harga tiket perkhidmatan keretapi bawah tanah di Bandar Mexico berharga tiga pesos (RM 0.76) untuk perjalanan tanpa had.
- AP ( kosmo! Online)
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan