Dilarikan perompak berseluar dalam
Tweet
PONTIAN - Sebuah keluarga dari Benut di sini, berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dimasuki seorang lelaki yang hanya berseluar dalam bersenjatakan pisau dalam kejadian jam 4 pagi, Selasa lalu.
Ketika kejadian, suami isteri terlibat bersama tiga anak mereka sedang tidur sebelum dikejutkan jeritan anak perempuan kedua yang berada dalam bilik berasingan.
Samsudin Masran, 47, berkata, dia segera ke bilik anaknya sebelum mendapati cahaya mata sulungnya, Amalia Khairulnisa, 10, sudah tiada di tempat tidurnya.
“Anak kedua saya, Nur Farahin, menjerit memberitahu kakaknya sudah tiada dan memberitahu ada orang datang ke bilik mereka.
“Puas saya mencari Amalia di dalam rumah, tetapi tidak jumpa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Bagaimanapun, Samsudin berkata, usaha isterinya, Rubiah Jerai, 40, yang mencari di kawasan belakang rumah terlihat kelibat anak perempuan mereka bersama seorang lelaki menuju ke arah balai Masjid Tampok.
Menurutnya, Rubiah terus menjerit meminta tolong daripada jiran di sebelah rumah yang kemudiannya bergegas ke belakang rumah.
“Saya dapati anak saya ditinggalkan seorang diri di kawasan belakang rumah dan menangis, namun tidak cedera,” katanya.
Samsudin seorang pemandu lori mengakui, kehilangan wang sebanyak RM3,000 yang diletakkan di dalam dua beg selain sebuah telefon bimbit.
Jelasnya, wang tersebut adalah hasil jualan barang yang dibawa di dalam lori yang sepatutnya diserahkan kepada majikannya.
“Saya syak perompak tersebut masuk melalui tingkap kerana tiada kesan umpil pada pintu. Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Benut,” katanya.
Sementara itu, Amalia yang masih trauma berkata, lelaki terbabit mengugut agar memberinya wang sambil mengacukan pisau di lehernya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superitendan Jokhiri Abdul Aziz mengesahkan kejadian.
* Sumber sinarharian
Samsudin menunjukkan cara perompak mengacukan senjata ke leher Amalia.

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan