GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 6 Mei 2013

Fakta menarik calon PRU13


PERTEMBUNGAN tiga penjuru di DUN Sungai Acheh, dari kiri Yusni (Pas), Mahmud (BN) dan calon PKR, Badrul Hisham.

Pertembungan sesama sendiri parti pembangkang

PKR, PAS BERLAWAN SESAMA SENDIRI
Dua parti dalam pakatan pembangkang akan berentap sesama sendiri di tujuh kawasan iaitu di Parlimen Labuan, DUN Sungai Acheh (Pulau Pinang), Kota Damansara (Selangor), Panti (Johor) dan tiga DUN di Terengganu iaitu Kota Putera, Bukit Besi, Seberang Takir
DUN SUNGAI ACHEH
Menyaksikan kejutan apabila berlaku pertembungan tiga penjuru calon PKR, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) ditentang Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd. Yusni Mat Piah. Calon BN diwakili Datuk Mahmud Zakaria
PARLIMEN LABUAN
Calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin ditentang calon Pas, Hadnan Mohamad. BN meletakkan calon muka baharu, Rozman Isli
DUN SULABAYAN

PDARI KIRI: Ban Seng, Yan Foo, Mohd. Irwan, Chin Cheh, Mohamad, Khalid selepas penamaan calon Parlimen Hulu Langat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Yu Hua, Kajang semalam.


Kerusi ramai calon
DUN Sulabayan paling ramai calon bertanding iaitu tujuh orang melibatkan Datuk Jaujan Sambakong (BN), Hermeny Murgal (PKR), Hasaman Sagaran (Malaysia United People's Party-MUPP), dan empat calon Bebas iaitu Julkalani Abd. Rahman, Hussein Mumakil, Mamat Barhana dan Ghazalie Pangiran Hindi@Abdul Ghani.
PARLIMEN KAPAR
Pertandingan enam penjuru melibatkan BN, PKR, Berjasa dan tiga calon Bebas. BN diwakili A. Sakthivel, G. Manivannan (PKR) dan Mohd. Pathan Hussin (Berjasa). Tiga calon Bebas ialah Norhamzah Suratman, R. Palaya dan Mohd.Nazri Abdul Aziz.
DUN SIDAM
Pertandingan enam penjuru melibatkan calon BN, PKR, KITA dan tiga calon Bebas. Bee Sieong Heng (BN), Dr. Robert Ling Kui Ee (PKR), Uh Chorng Von (KITA) dan tiga calon bebas ialah Zamil Ibrahim, Ooi Beng Kooi, Tan Hock Huat.
DUN KAJANG
Pertandingan enam penjuru antara calon BN, PKR, Berjasa dan tiga calon Bebas. Lee Ban Seng (BN), Mohamad Ismail (Berjasa), Lee Chin Cheh (PKR) bersaing dengan tiga calon Bebas iaitu Mohd. Khalid Kassim, Ong Yan Foo dan Mohd. Iwan Jefrey Abdul Majid.
DUN MACHANG BUBUK
Pertandingan enam penjuru membabitkan calon BN, PKR, KITA dan Bebas. Tan Kok Leah (BN), Lee Khai Loon (PKR), Datuk Dr. M. Vikneswaran (KITA) dan tiga calon Bebas, Datuk Tan Hock Leong, Wan Balkis Wan Abdullah dan Ooi Suan Hoe.
DUN KUNAK
Pertandingan enam penjuru membabitkan calon BN, Pas, Star dan tiga calon Bebas. Penyandang kerusi DUN Kunak, Datuk Nilwan Kaban (BN) akan ditentang Kasman Karate (Pas), Valentine@Rengers Sebastian daripada Parti Reformasi Negeri (Star). Tiga calon Bebas ialah Sharif Shamsuddin Sharif Sagaf, Hussein Ibnu Hassan dan Abd. Sattal
* Sumber kosmo! Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP