GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 2 Mei 2013

Kanak-kanak 5 tahun guna raifal tembak adik 2 tahun


imej gambar dari google

CHICAGO 2 Mei - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang bermain menggunakan selaras raifal .22 kaliber yang diberikan kepadanya sebagai hadiah, secara tidak sengaja telah melepaskan tembakan yang membunuh adik perempuannya yang baru berusia dua tahun, kelmarin.

Mangsa, Caroline Starks disahkan maut sejurus tiba di hospital dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di daerah Cumberland, di Kentucky, Amerika Syarikat (AS).

Koroner daerah Cumberland, Gary White berkata, ketika kejadian itu berlaku, ibu kepada kanak-kanak tersebut sedang mengemas rumah dan berada di anjung.

"Menurut wanita itu, tidak sampai tiga minit dia di luar, dia terdengar bunyi letupan lalu berpatah balik dan menemui anak perempuannya itu," kata White kepada portal berita KWYT.

Raifal itu diberikan kepada kanak-kanak itu tahun lalu dan disimpan di penjuru sebuah bilik namun ibu bapa berkenaan tidak sedar akan sebutir peluru yang masih berada di dalam senjata tersebut. 

- AFP



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  2 Mei 2013 pada 5:45 PTG  

Siapa raifal? haha...knape tak tulis je senapang?

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP