GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 5 Mei 2013

#PRU13 : 58.99 Peratus Pengundi Keluar Mengundi Setakat Tengah Hari


Pemandangan disalah satu pusat mengundi
PUTRAJAYA: Kira-kira 58.99 peratus atau 7.6 juta pengundi di seluruh negara telah mengundi pada pilihan raya umum ke-13 setakat tengah hari Ahad, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau memberitahu sidang media di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini proses pengundian di seluruh negara berjalan lancar dan berharap masih ramai pengundi yang akan keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebelum pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang.
"Seramai 12,885,434 pengundi (pengundi biasa) akan mengundi pada hari ini di 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi. Sehingga jam 12 tengah hari, seramai 7,600,499 (58.99 peratus) pengundi biasa telah keluar mengundi.
"Setelah dicampur dengan jumlah pengundi awal dan pengundi pos, jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 7,916,703 (59.67 peratus)," katanya.
Abdul Aziz berkata sepanjang tempoh itu, tiada sebarang laporan insiden tidak diingini yang mengganggu proses pengundian di seluruh negara. 
- BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP