GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 20 Mei 2013

Raha Moharrak muncul gadis pertama Arab Saudi tawan Everest

Raha Moharrak

Kathmandu: Wanita Arab Saudi, Raha Moharrak, 25 mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama negaranya tiba di puncak gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest, kelmarin, kata seorang pegawai pelancongan. 

Beliau tiba di puncak setinggi 8,848 meter awal pagi kelmarin bersama sekumpulan pendaki rakyat asing dan jurupandu Nepal. 

Gembira dengan kejayaan 


Beliau tiba di puncak bersama 12 anggota ekspedisi lain, kata seorang pegawai kementerian pelancongan Nepal, Syanendra Shrestha kepada AFP dari Everest Base Camp. 

Kami berjaya menghubungi Raha, beliau amat letih dan sedang berehat, kata bapa wanita terbabit, Hassan Moharrak kepada AFP sambil menambah bahawa keluarganya amat gembira dengan pencapaian terbabit. 

Sebelum ini Arab Saudi turut mencatat sejarah apabila dua atlit wanitanya buat pertama kali menyertai Sukan Olimpik London pada 2012. 

Awal bulan ini kerajaan membenarkan beberapa pelajar perempuan di sekolah persendirian untuk menyertai sukan olahraga tetapi meminta sekolah memastikan gadis berkenaan mengenakan pakaian yang sopan dan bertudung ketika aktiviti sukan bagi bidang yang bersesuain. 
Aktivis hak asasi, Human Right Watch, menyatakan Arab Saudi adalah satu-satunya negara di dunia yang masih lagi melarang pelajar wanita menyertai sukan di sekolah kerajaan. 

Adalah sesuatu yang hebat bagi seorang wanita Arab Saudi mampu tiba di puncak Everest, kata pengarah inisiatif global Human Right Watch, Minky Worden, kepada AFP. 

Kita tahu masih ada berjuta-juta wanita dan gadis di Arab Saudi yang dinafikan hak mereka untuk mendaki walaupun di gim dan menyertai sukan lain, termasuk di sekolah kerana ia adalah membabitkan dasar kerajaan. katanya. 

Tabung kebajikan 

Ekspedisi Everest Moharrak juga digelar sebagai Arab with Altitude bertujuan memungut dana bagi tabung kebajikan pendidikan di Nepal. 

Dalam pada itu, beratus-ratus pendaki cuba mendaki kemuncak tertinggi di dunia itu dalam masa beberapa hari akan datang ketika keadaan cuaca dilaporkan baik.

 
AFP 



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP