GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 19 Mei 2013

Pekerja kian kreatif beri alasan tidak mahu datang kerja


London: Kajian yang dijalankan ke atas 1,000 pekerja dan 1,000 majikan menunjukkan kreativiti seseorang untuk memberi alasan semakin berkembang.
Dalam kaji selidik itu, beberapa alasan pelik pernah dikemukakan seseorang pekerja untuk ponteng, termasuk kaki tercedera kerana dihempap tin kadang, brek tangan kereta rosak dan anjing peliharaan bergaduh.
Seorang pekerja didapati menghubungi pengurusnya dan meminta cuti kerana ibunya ‘meninggal dunia’ - dan didapati untuk kali kedua.
Kajian berkenaan juga mendapati, ada pekerja sanggup mengaku cedera ketika melakukan hubungan seks dan memohon supaya dibenarkan untuk tidak datang ke tempat kerja.
Sementara itu, keputusan kajian sama juga menunjukkan enam daripada 10 majikan tidak mempercayai pekerja mereka yang mengaku sakit sebagai alasan untuk tidak bekerja.
Menurut kajian itu, beberapa alasan, seperti muntah melampau, dijangkiti virus dan sakit perut didapati lebih diyakini oleh majikan mereka. Dua pertiga majikan pula mahu pekerja mereka yang uzur supaya menghubungi pejabat sendiri dan enggan melayan penjelasan melalui e-mel atau mesej pesanan ringkas. Menurut kajian berkenaan, secara purata menunjukkan seseorang pekerja akan menipu empat kali sepanjang tempoh berkhidmat di sesuatu tempat kerja dengan alasan sakit atau demam sebagai faktor paling popular digunakan. 
- Daily Mail


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP