GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 7 Mei 2013

Veena Malik nafi berlakon filem lucah

Mumbai: Pelakon kontroversi Pakistan, Veena Malik (gambar), menafikan beliau bintang filem lucah dan menegaskan tidak pernah merakamkan adegan bogel. 

Beliau menyifatkan penonton selalu salah faham dan berkata ada beza antara adegan yang menunjukkan sebahagian belakang tubuh dan adegan bogel sepenuhnya. 


Veena juga meminta masyarakat tidak membandingkan beliau dengan pelakon lain yang kerap menjadi tajuk berita utama hiburan kerana kerap beraksi berani seperti Sherlyn Chopra, Poonam Pandey dan Rozlyn Khan. 

“Tidak adil membandingkan saya dengan mereka. Saya bukan bintang filem lucah. Saya tidak faham mengapa orang ramai membandingkan saya dengan mereka. 

“Berita mengenai saya kerap disiarkan bukan kerana aksi berani saya tetapi saya menjadi mangsa kerana berasal dari Pakistan. Baru-baru ini saya membuat komen mengenai kes Sarabjit dan dihujani komen benci di laman web sosial saya. Saya bercakap mengenai isu yang saya rasakan tidak betul. Saya mahukan keamanan antara kedua-dua negara,” katanya dalam temubual baru-baru ini. 

Veena turut menyuarakan kehairanan mengapa beliau yang kerap menjadi tajuk berita kerana pelakon lain turut melakukan perkara sama. 

“Saya tidak melakukan apa yang orang tidak lakukan. Adakah cuma saya yang memakai bikini atau bercium atau menayangkan seluruh bahagian belakang tubuh dalam filem? 
“Ramai aktres lain berbuat demikian termasuk pelakon gred A. Mengapa saya yang menjadi sasaran? Saya benar-benar bingung mengenai perkara ini,” katanya. 

Beliau juga meluahkan kekecewaan kerana tiada siapa yang memandang serius kepadanya dan enggan melihat lebih jauh daripada sekadar imejnya. 

Ditanya mengenai khabar angin perkahwinannya yang diadakan secara kecil-kecilan, Veena berkata ia sekadar mainan media. 


- AGENSI


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP