GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 22 Jun 2013

Jerebu,600 sekolah ditutup di Johor

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di Johor menyebabkan 600 sekolah di beberapa kawasan terpaksa ditutup, membabitkan 319,341 murid, setakat hari ini.
Di Muar, 40 sekolah menengah dan 171 sekolah rendah ditutup, manakala 31 sekolah menengah dan 144 sekolah rendah ditutup di Batu Pahat.
Sebanyak 35 sekolah menengan dan 70 sekolah rendah di Pasir Gudang, 15 sekolah menengah dan 82 sekolah rendah di Pontian dan 12 sekolah menengah dan 10 sekolah rendah di Kota Tinggi telah diarah tutup sehingga makluman lanjut.

Sekolah di Melaka juga dimaklumkan akan ditutup sekiranya bacaan IPU negeri itu melebihi paras berbahaya.

Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) turut memaklumkan jumlah pesakit akibat jerebu di negeri itu terutama masalah 'Upper Respiratory Tract' (URTI) meningkat sebanyak 21 peratus minggu ini berbanding minggu sebelumnya.
Bagaimanapun, kualiti udara di seluruh negara petang ini mencatat penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan Kota Tinggi dan Pasir Gudang, kini keluar daripada paras berbahaya.

Kota Tinggi yang sebelum ini mencatat IPU pada tahap berbahaya iaitu 323, kini merekodkan bacaan 226 iaitu pada paras sangat tidak sihat.

Sementara Pasir Gudang yang sebelum ini merekod paras berbahaya dengan bacaan IPU 310, kini turun pada bacaan 189, iaitu paras tidak sihat.

Walau bagaimanapun menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), sehingga 5 petang tadi Bukit Rambai, Melaka dan Port Dickson di Negeri Sembilan mencatat peningkatan IPU ke tahap sangat tidak sihat berbanding sebelum ini.

Bukit Rambai kini mencatat IPU 257, Port Dickson 205 dan Muar yang sebelum ini merekodkan penurunan IPU, kini mencatat peningkatan kepada 271 IPU berbanding 193, pada tengahari.

Semalam Muar mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu di paras berbahaya dengan bacaan 383.

Kawasan-kawasan lain masih mencatatkan IPU antara baik dan sederhana.
* Sumber myMetro

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP