Kategori bikini Miss World 2013 ditiadakan
Tweet
Sebaliknya, peserta hanya akan mengenakan sut mandi beserta kain pada pertandingan yang dijangka bermula pada 4 September depan.
Menurut jurucakap pertandingan, Adjie S. Soeratmadjie berkata, kategori itu tidak dimasukkan kerana mahu menghormati adat, budaya dan nilai tradisi Indonesia.
Pengerusi Miss World Organization, Julie Morlie turut mengesahkan tiada seorang pun daripada 137 peserta yang akan memakai bikini bagi tahun ini dan organisasi itu turut bersetuju dengan syarat yang dikenakan di negara itu.
“Kami menghormati permintaan negara tuan rumah dan tidak akan menjadi masalah berhubung isu itu,” katanya kepada Associated Press (AP).
Adjie turut menambah, kategori bikini itu merupakan isu sensitif dan penganjur telah mengadakan perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan.
Pihak penganjur turut menambah yang acara itu tahun ini akan memberi tumpuan kepada kecantikan dalaman, yang merangkumi aspek kecerdasan, akhlak dan pencapaian, bukan tertumpu kepada ciri-ciri fizikal semata-mata.
* Sumber
JAKARTA - Peminat pertandingan Miss World bakal kecewa kerana tahun ini acara atau kategori bikini telah ditiadakan.
Sebaliknya, peserta hanya akan mengenakan sut mandi beserta kain pada pertandingan yang dijangka bermula pada 4 September depan.
Menurut jurucakap pertandingan, Adjie S. Soeratmadjie berkata, kategori itu tidak dimasukkan kerana mahu menghormati adat, budaya dan nilai tradisi Indonesia.
Pengerusi Miss World Organization, Julie Morlie turut mengesahkan tiada seorang pun daripada 137 peserta yang akan memakai bikini bagi tahun ini dan organisasi itu turut bersetuju dengan syarat yang dikenakan di negara itu.
“Kami menghormati permintaan negara tuan rumah dan tidak akan menjadi masalah berhubung isu itu,” katanya kepada Associated Press (AP).
Adjie turut menambah, kategori bikini itu merupakan isu sensitif dan penganjur telah mengadakan perbincangan sebelum membuat sebarang keputusan.
Pihak penganjur turut menambah yang acara itu tahun ini akan memberi tumpuan kepada kecantikan dalaman, yang merangkumi aspek kecerdasan, akhlak dan pencapaian, bukan tertumpu kepada ciri-ciri fizikal semata-mata.
* Sumber
1 Merujuk kepada perkara diatas :
bagus la mcm tu.
Catat Ulasan