GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 19 Jun 2013

Klip video rakaman penebat kilat terjatuh kini beredar di laman Facebook

GEORGETOWN: Hampir 7,000 pengguna laman sosial Facebook berkongsi klip video ringkas detik cemas insiden penebat kilat terjatuh di Jalan Macalister di sini Khamis lalu. 

Video berdurasi 15 saat bertajuk 'Before accident at Umno building...PDRM CCTV' itu menunjukkan penebat kilat terjunam dan menghempap jalan serta mengenai beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Honda City berwarna gelap dipercayai milik, Lim Chin Aik, 44. 


Video itu dimuat naik individu tidak dikenali. 
Dalam kejadian angin kencang pukul 6.45 malam itu, penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan Menara Umno itu runtuh dan menghasilkan lubang sedalam lima meter.

Polis sebelum ini mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah. 

Kejadian itu juga meragut nyawa kelindan lori tong gas, Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Pulau Pinang selepas kepalanya cedera parah ditimpa serpihan konkrit penebat kilat itu.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada sidang akhbar di sini hari ini menayangkan klip video yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Jalan Macalister kepada keluarga mangsa dan media. 


Antara ahli keluarga mangsa yang hadir menyaksikan klip video itu ialah ibu bapa mangsa, Ang Kim Hooi@Ang Kim Looi, 70, dan Lim Tian Chor, 73. 


- BERNAMA


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP