GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 28 April 2011

Obama dedah sijil lahir


* SIJIL kelahiran Barack Obama yang didedahkan semalam

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mendedahkan sijil kelahirannya bagi menamatkan isu bahawa beliau bukan warga AS.

“Kami tidak mempunyai masa untuk kebodohan ini,” kata Obama menerusi ucapan yang disiarkan menerusi televisyen dari White House di sini.

Sebelum ini terdapat desas-desus bahawa beliau tidak dilahirkan di AS sehingga menyebabkan bilionair terkenal, Donald Trump menghantar para penyiasat ke Hawaii untuk mengesahkan kedudukan sebenar Obama.

Desas-desus itu juga menyebabkan ahli-ahli perwakilan di negeri Arizona mengundi rang undang-undang yang mahukan calon presiden menunjukkan bukti mereka lahir di AS.

Dalam sijil kelahiran yang didedahkan semalam, Obama dinyatakan dilahirkan oleh bapa keturunan Kenya dan ibu warga AS di Hawaii.

Tempat lahir Obama di Hawaii itu sekali gus menyebabkan beliau layak untuk memegang jawatan presiden AS berdasarkan perlembagaan negara ini.

Dokumen kelahiran Obama itu ditandatangani oleh seorang doktor yang menyambut kelahirannya di Hanolulu, Hawaii pada 4 Ogos 1961.

“Saya yakin, bahawa rakyat Amerika dan pemimpin politik Amerika boleh bersatu dalam apa jua cara dan menyelesaikan masalah ini,” kata Obama. – Agensi

* Sumber

*** Untuk pengesahan sebagai penduduk Local ..surat beranak sangat penting..


6 Merujuk kepada perkara diatas :

Cik SHiNJU 28 April 2011 pada 8:23 PG  

Surat banak asal koi dah ilang...
Salinan jek ade...Tokleh la jadi presiden..huhuh

terokai seni 28 April 2011 pada 8:24 PG  

mana surat branak koi hah? kot bule jadik presdien zimbabwe ke...

pacat 28 April 2011 pada 8:33 PG  

kalau tak ada surat beranak boleh je guna DNA!.. eh! boleh ke?

Kidney Expert 28 April 2011 pada 8:57 PG  

Ada saya dengar khabar angin yang mengatakan barrak obama ni beragama Islam,betulke?

Aku Anak Pahang 28 April 2011 pada 9:03 PG  

Bender penting tu kena simpan... byk perkara istimewa x dapat kalau hilang.

amirah 28 April 2011 pada 9:23 PG  

tak berapa nk boleh baca surat beranak dia..tp bapa obama muslim kenya rasanya kan..sebab tu nama tgh dia hussin..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP