Lagi pelajar mangsa rogol berkumpulan di India
Tweet
NEW DELHI 9 Jun - Seorang pelajar kolej berusia 20 tahun menjadi mangsa rogol berkumpulan terbaharu dan dibunuh di timur India, semalam sekali gus menyaksikan ratusan orang mengadakan tunjuk perasaan di jalan-jalan bagi membantah kejadian itu, kata polis hari ini.
Tiga lelaki telah ditahan berkaitan serangan itu yang berlaku di Barasat di pinggir bandar Kolkata, semalam.
Mangsa dirogol di sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan dan mayatnya ditemui dengan kesan luka berhampiran sebuah terusan, lapor stesen CNN-IBN.
"Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai rogol berkumpulan dan bunuh dengan suspek ditahan tidak lama selepas jenayah itu," kata jurucakap polis ketika dihubungi.
- DPA
imej google

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan