Nyaris Diperkosa, Menantu Potong Tangan Ayah Mertua
Tweet
Insiden ini berlaku di kampung Bhanas, daerah Rohtas, kira-kira 150 kilometer dari bandar Patna, ibu kota negara bahagian Bihar, pada Kamis (6/6/2013) malam.
Polis mengatakan Uma Dewi sedang sendirian di dalam kamarnya ketika ayah mertuanya Radheshyam Singh (45) masuk ke kamarnya dan mula menggerayangi menantunya itu.
Digerayangi ayah mertua, Uma berteriak minta tolong. Di bahagian lain rumah itu saudara ipar Uma, Savita Devi yang sedang memotong sayur-sayuran langsung berlari untuk menolong.
Savita Devi yang juga adalah menantu Radheshyam menerobos masuk ke bilik Uma dan melihat sang ayah mertua sedang cuba memperkosa saudari iparnya itu.
Melihat Savita datang, bukannya menghentikan aksinya, Radheshyam justru mengalihkan sasarannya ke Savita dan cuba memperkosa menantunya itu.
Dalam kemarahan yang memuncak, Savita mengambil kapak yang biasa digunakan untuk menghancurkan makanan ternakan. Lalu dengan bantuan Uma, Savita memotong kedua tangan ayah mertuanya itu.
Saat ayah mertuanya pengsan dan berlumuran darah, Savita mengambil kapak itu dan pergi ke pejabat polis terdekat untuk melaporkan kejadian tersebut.
"Sebelum kami datang ke lokasi, salah seorang perempuan itu Savita Devi datang kepada kami membawa kapak dan meminta kami mendaftarkan laporannya," kata Ganesh Kumar, pegawai polis tempatan kepada wartawan, Sabtu (8/6/2013).
Polis saat ini belum menyoal mertua Uma dan Savita kerana keadaannya yang masih kritikal. Kini, lelaki cabul itu masih dalam rawatan intensif rumah sakit setempat.
* Sumber kompas.com
NEW DELHI - Dua orang perempuan di Bihar, India memotong tangan ayah mertua yang cuba memperkosa mereka. Usai memotong tangan sang mertua, kedua perempuan itu kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada polis.
Insiden ini berlaku di kampung Bhanas, daerah Rohtas, kira-kira 150 kilometer dari bandar Patna, ibu kota negara bahagian Bihar, pada Kamis (6/6/2013) malam.
Polis mengatakan Uma Dewi sedang sendirian di dalam kamarnya ketika ayah mertuanya Radheshyam Singh (45) masuk ke kamarnya dan mula menggerayangi menantunya itu.
Digerayangi ayah mertua, Uma berteriak minta tolong. Di bahagian lain rumah itu saudara ipar Uma, Savita Devi yang sedang memotong sayur-sayuran langsung berlari untuk menolong.
Savita Devi yang juga adalah menantu Radheshyam menerobos masuk ke bilik Uma dan melihat sang ayah mertua sedang cuba memperkosa saudari iparnya itu.
Melihat Savita datang, bukannya menghentikan aksinya, Radheshyam justru mengalihkan sasarannya ke Savita dan cuba memperkosa menantunya itu.
Dalam kemarahan yang memuncak, Savita mengambil kapak yang biasa digunakan untuk menghancurkan makanan ternakan. Lalu dengan bantuan Uma, Savita memotong kedua tangan ayah mertuanya itu.
Saat ayah mertuanya pengsan dan berlumuran darah, Savita mengambil kapak itu dan pergi ke pejabat polis terdekat untuk melaporkan kejadian tersebut.
"Sebelum kami datang ke lokasi, salah seorang perempuan itu Savita Devi datang kepada kami membawa kapak dan meminta kami mendaftarkan laporannya," kata Ganesh Kumar, pegawai polis tempatan kepada wartawan, Sabtu (8/6/2013).
Polis saat ini belum menyoal mertua Uma dan Savita kerana keadaannya yang masih kritikal. Kini, lelaki cabul itu masih dalam rawatan intensif rumah sakit setempat.
* Sumber kompas.com
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan