‘Wanita’ berpakaian burqa rompak kedai
Tweet
RUANG pameran barang kemas yang dipecahkan perompak.
London: Perompak berpakaian burqa menyerbu sebuah pusat beli-belah terkenal, Selfridge malam tadi dan merompak jam tangan berjenama dan barang kemas.
Kumpulan enam orang itu yang bersenjatakan kapak dan tukul besi memecahkan kabinet pameran di bahagian barang kemas pusat beli-belah itu yang terletak di Oxford Street.
Mereka melarikan jam tangan bernilai £10,000 (RM50,000) dan barang kemas bernilai ratusan ribu paun ketika kakitangan dan pelanggan bertempiaran lari kerana ketakutan.
Perompak itu kemudian melarikan diri dengan menaiki skuter. Bagaimanapun, satu daripadanya tergelincir menyebabkan dua perompak itu jatuh.
KAPAK yang ditinggalkan perompak.
Seorang daripadanya berpura-pura mendakwa rakannya yang cedera adalah isterinya. Kedua-dua mereka ditangkap orang ramai. Pelayan piza, Mohamed Hussein, 29, dan seorang penjaga pub duduk di atas mereka sehingga polis tiba.
“Saya di luar restoran piza tempat saya bekerja dan melihat sebuah basikal berenjin dengan dua orang terjatuh. Pembonceng di belakang memakai burqa dan tidak memakai topi keledar. “Saya tahu mereka penjenayah kerana mengecam skuter mereka ketika telefon bimbit kawan saya dicuri beberapa hari lalu. Lelaki di belakang memekik ‘Tolong bantu isteri saya.’ Tetapi saya pasti dia bukan wanita. “ Saya menjerit meminta seseorang memanggil polis, menyebabkan seorang perompak itu mula melarikan diri,” kata Mohamed.
- Daily Mail (myMetro)
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan