GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 15 Julai 2013

Alvin Tan, Vivian Lee Disiasat Mengikut Seksyen 233 (1) AKM 1998

KUALA LUMPUR: Pasangan yang mempersendakan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee akan disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Penasihat Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abdul Rahman, berkata kertas siasatan melibatkan pasangan itu dijangka siap dua atau tiga hari lagi.
"Setakat hari ini, siasatan terhadap kedua-duanya masih berjalan dan dijangka berakhir lewat petang ini.
"Sebaik siap kertas siasatan dalam tempoh dua atau tiga hari lagi, ia akan diserahkan ke Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, Isnin.
Mengikut akta berkenaan, jika sabit kesalahan pasangan terbabit boleh didenda sehingga RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Pasangan itu tiba di SKMM di Bangunan Sultan Abdul Samad kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin untuk memberi keterangan berhubung tindakan mereka mempersenda bulan Ramadan.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP