GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 22 Julai 2013

Dipenjara kerana diperk0sa

Pada sesuatu kes rogol pada umumnya maka sang pelakulah yang harus menghadapi tindakan undang-undang untuk kemudian menjalani hukuman untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya tersebut. Namun hal ini tidak berlaku dalam kes rogol yang menimpa seorang wanita yang berasal dari Norway ini. Wanita 25 tahun yang tidak di sebutkan identitinya tersebut justru harus mendekam di dalam penjara setelah melaporkan kepada polis bahawa dirinya diperkosa.

Seperti diberitakan oleh the Daily Mail, kes aneh ini terjadi di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Wanita itu mengaku sedang melakukan sebuah perjalanan perniagaan ketika dirinya diperkosa pada sekitar Mac lalu. Merasa tidak terima, wanita ini kemudian melaporkan kes tersebut kepada polis. Namun bukannya mendapatkan keadilan, Ia justru dijatuhi hukuman satu tahun empat bulan dan perlu menghabiskan harinya selama berbulan-bulan di dalam penjara.

"Saya menerima hukuman yang paling berat atas pasal seks di luar nikah, hukuman paling berat lantaran minum alkohol, dan di atas semua itu saya dinyatakan bersalah atas sumpah palsu," kata perempuan itu kepada tabloid asal Norway Verdens Gang

Setelah beberapa lama mendekam di penjara akhirnya wanita ini boleh memberi tahu keluarganya tentang situasi yang dihadapinya. Dengan bantuan keluarganya, pihak konsulat akhirnya boleh membantu mengeluarkan wanita tersebut dari penjara. Namun sayangnya walau telah bebas dari penjara, masa depan wanita ini masih belum pasti kerana Norway tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Kesatuan Arab Bersatu. Untuk sementara wanita itu tinggal di bawah perlindungan Pihak Gereja Pelaut Norway sambil menunggu permasalahan hukumnya tuntas.

Kes seperti ini bukanlah kali pertama berlaku. Pada awal tahun seorang wanita asal Australia bernama Alicia Gali (27 tahun) menceritakan bahawa dirinya harus mendekam dipenjara selama lapan bulan selepas melaporkan perkosaan yang dialaminya pada polis. Alicia yang bekerja di Hotel Starwood mengaku diperkosa oleh tiga orang rakannya.

* Sumber vivanews.com


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP