GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 20 Julai 2013

Kempen kuruskan badan Ganjaran Emas menanti

imej

Dubai: Pihak berkuasa Dubai melancarkan kempen hadiah emas kepada penduduk yang berjaya mengurangkan berat badan ketika Ramadan. 

Kempen itu digelar ‘Berat Anda adalah emas,’ lapor portal berita. 

Penaja kempen berjanji sesiapa yang menyertai program akan diberi satu gram emas bagi setiap 2.2 paun berat yang hilang. 


Peserta, bagaimanapun, akan tersingkir jika gaggle hilang lebih daripada 4.6 paun berat pada 16 Ogos. 

Tiga peserta paling banyak menurunkan berat badan akan menerima syiling emas bernilai AS$5,500 (RM16,500). 

Ramai percaya, pihak berkuasa melancarkan usaha itu bagi menggalakkan penduduk tidak makan berlebihan. 

Lawan obesiti 


Ini kerana ramai makan berterusan hingga pagi menyebabkan pihak berkuasa melancarkan tindakan melawan obesiti. 

Peserta program berkenaan juga perlu bersumpah untuk tidak mengurangkan berat badan secara tidak sihat. 

Bagi membolehkan lebih ramai orang terbabit, alat penimbang diletak di tempat awam. 

Masalah makan berlebihan selepas berbuka puasa diketahui ramai di Qatar apabila berpuluh-puluh penduduknya masuk hospital pada malam pertama Ramadan. 

Ini disebabkan ramai yang mengambil kesempatan daripada banyaknya tempat berbuka untuk penduduk membolehkan mereka terus makan di beberapa tempat. 


- AGENSI(BH)


1 Merujuk kepada perkara diatas :

NARDtheNERD 20 Julai 2013 pada 9:00 PG  

bestnya.. malaysia xde ke? :P

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP