Mercun bentuk bom tangan dirampas
Tweet
MERCUN bom tangan dijual secara haram mendapat sambutan hangat.
Ipoh: Semakin dilarang, semakin berleluasa. Itu senario peniaga mercun di bandar raya ini apabila galak menjual beberapa mercun jenis baru bagi sambutan Aidilfitri kali ini, termasuk satu daripadanya mempunyai bentuk seperti bom tangan.
Dijual pada harga RM3 hingga RM5 setiap satu mengikut saiz, mercun dipercayai diseludup dari Thailand itu mampu menghasilkan bunyi letupan lima kali ganda lebih kuat berbanding mercun biasa
Peniaga mercun hanya mahu dikenali sebagai Helmi, 22, berkata mercun bom tangan itu kini antara produk jenis baru mendapat sambutan paling menggalakkan daripada pelanggan.
“Ramai pelanggan suka beli mercun ini kerana bunyi letupannya lima kali lebih kuat berbanding mercun katak, ketupat, bola atau botol. Lagipun, orang suka mercun ini sebab reka bentuknya menyerupai bom tangan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Katanya, secara umum ada kira-kira 75 jenis mercun di pasaran ketika ini dan 10 daripadanya mercun jenis baru. Antaranya mercun aiskrim, langsuir, osama dan bunga api sate.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan