Paha Gebu jadi papan Iklan
Tweet
Tokyo: Sebuah syarikat pengiklanan di bandar raya ini menemui cara terbaru dan unik untuk menarik perhatian orang ramai - menggunakan paha wanita muda sebagai tempat menyiarkan iklan.
Pengguna di Jepun memang terkenal sebagai kumpulan yang sukar untuk membaca iklan kerana terlalu banyak papan iklan dan skrin gergasi televisyen di sekitar bandar negara itu.
Keadaan itu mendorong syarikat pengiklanan WIT untuk menggunakan paha gadis dan wanita muda sebagai papan iklan kerana ia bahagian yang selalu menjadi perhatian orang ramai, khususnya lelaki.
“Ia adalah tempat paling sempurna untuk menempatkan iklan kerana lelaki, baik tua atau muda sentiasa menumpukan penglihatan mereka pada bahagian itu,” kata Hidenori Atsumi, Ketua Pegawai Eksekutif WIT.
Cara begitu jelas popular setakat ini. Sehingga ini, 3,000 gadis mendaftarkan diri untuk paha mereka menjadi papan iklan bergerak dengan tatu iklan sementara menunjukkan gambar atau logo produk.
Seorang daripada mereka, Miho Matsumoto berkata, dia tidak berdepan dengan masalah untuk menjadi papan iklan bergerak.
“Saya akan menolak jika iklan itu diletakkan pada perut saya atau tempat lain yang boleh menyebabkan saya malu. Tetapi, jika di paha saya yang gebu, saya tidak ada masalah,” katanya.
Mereka yang bersedia untuk menjadi papan iklan bergerak itu perlu memenuhi beberapa syarat, termasuk berusia lebih 18 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya 20 rakan di laman media sosial.
- AP(myMetro)
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan