GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 28 Julai 2013

Tuah lelaki beli kontena misteri


Kereta Lotus Esprit yang pernah digunakan dalam filem James BondThe Spy Who Loved Me, kini dianggarkan bernilai RM3.2 juta. - AGENSI

LONDON 26 Julai - Seorang ahli perniagaan kecil-kecilan di Britain tidak menyangka tindakannya membeli satu kontena yang tidak diketahui muatannya berharga AS$100 (RM320) lebih 20 tahun lalu, bakal mengubah nasibnya menjadi jutawan.

Lelaki yang enggan dikenali itu telah membeli satu kontena misteri di Long Island pada 1989 tanpa menyedari ia sebenarnya berisi kereta yang dianggap sebagai satu daripada kenderaan legenda dalam dunia perfileman iaitu kereta kapal selam Lotus Esprit.

Kenderaan itu pernah digunakan dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me pada 1977 dan kini dianggarkan bernilai AS$1 juta (RM3.2 juta).

Lelaki itu percaya, kereta terbabit ditinggalkan oleh syarikat produksi filem yang menyewa kontena tersebut untuk tempoh 10 tahun, tetapi terlupa mengambilnya sehingga menyebabkannya dilelong.

Pada awalnya, dia menyangka kereta itu tidak berharga kerana tidak mempunyai tayar dan kemik di bahagian bumbung, tetapi ketika dalam perjalanan pulang membawa kereta itu dibelakang traknya, seorang pemandu lain memberitahunya tentang nilai kereta itu.

Lelaki itu turut mengambil keputusan melelong kenderaan tersebut menerusi dewan lelongan RM Auctions di London pada 9 September ini selepas pakar James Bond, Doug Redenius mengesahkan keasliannya.

- AGENSI (utusan)


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP