Blade Runner bintang Sukan Paralimpik hadapi tuduhan membunuh
Tweet
PISTORIUS dan Reeva Steenkamp.
Pretoria: Bintang pelari pecut paralimpik Oscar Pistorius akan dibicarakan Mac tahun depan atas tuduhan membunuh teman wanitanya pada hari Valentine lalu.
Pistorius atau lebih dikenali dengan gelaran Blade Runner, 26, kudung kedua-dua belah kaki itu menangis sebaik majistret mengumumkan keputusan itu.
Dia yang ditemani abang, Carl dan adik perempuan, di mahkamah semalam berdepan dengan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Reeva Steenkamp - graduan undang-undang dan model berambut perang maut di dalam bilik air kediaman mewah Pistorius di Pretoria pada 14 Februari lalu.

Dia ditembak di kepala, siku dan pinggul.
Secara kebetulan, semalam adalah hari ulangtahun kelahiran wanita itu yang ke-30.
Atlet itu yang dibebaskan dengan ikat jamin mengaku membunuh Reeva tanpa niat, mengatakan dia menembak wanita terbabit melalui lubang pintu bilik air yang berkunci kerana menyangka mangsa penceroboh.
Pendakwa raya akan berhujah bahawa dia bersalah atas tuduhan sengaja membunuh.
“Tertuduh bersenjatakan pistol 9mm dan melalui lubang kunci menembak empat das tembakan ke arah mangsa. Reeva mati di tempat kejadian,” menurut kandungan dokumen mahkamah.
Majistret Desmond Nair berkata, perbicaraan akan bermula di mahkamah tinggi pada 3 Mac hingga 20 Mac tahun depan.
Sesi semalam berakhir hanya beberapa minit apabila peguam bersetuju untuk memulakan perbicaraan tahun depan walaupun banyak kes ditunda di mahkamah Afrika Selatan.
Media tempatan berkata Pistorius juga mungkin berdepan tuduhan berkait dengan senjata api.
Bagaimanapun, tiada pertuduhan lain dibuat dalam indikmen semalam.
Bekas teman wanitanya, Samantha Taylor juga dijangka akan memberi keterangan.
Pistorius didakwa pernah menembak bumbung kereta Samantha dan awal tahun ini dilapor melepaskan tembakan secara tidak sengaja di sebuah restoran di Johannesburg.
Pistorius melonjak masyhur pada Sukan Olimpik London tahun lalu apabila menjadi pelari cacat pertama bertanding bersama atlit sempurna yang lain.

Sumber
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan