‘Tetamu’ majlis kenduri kebas beg duit
Tweet
Sumber gambar dari FB
Kepala Batas: Dua wanita menggunakan taktik menyamar sebagai tetamu majlis perkahwinan sebelum cuba melarikan beg duit milik ahli keluarga pemilik rumah berkenaan dalam kejadian di Paya Keladi Tengah, dekat sini, kelmarin.
Dua tetamu tidak diundang berusia lingkungan 30-an itu sanggup tidak menjamah makanan seperti tetamu lain, tetapi terus masuk ke rumah Hashim Yaacob, 40-an, sebelum cuba melarikan beg adik ipar Hashim yang mengandungi RM3,000 serta beberapa dokumen penting.
Bagaimanapun, gelagat pelik mereka disedari Hashim sebelum meminta beberapa penduduk menahan kedua-dua wanita berkenaan dan pemeriksaan mendapati beg adik iparnya berusia 43 tahun berada dalam beg galas seorang daripada mereka.
Menurut Hashim, dia tidak mengenali dua wanita terbabit yang mengunjungi rumahnya jam 4 petang dan berpura-pura seperti tetamu lain.
“Dua wanita itu terus masuk ke rumah, tetapi dalam keadaan yang pelik. Saya mengesyaki sesuatu lalu memerhatikan gelagat mereka.
“Hanya dalam beberapa minit, mereka beredar tanpa menjamah makanan dengan seorang daripadanya menggalas beg,” katanya di sini, semalam.
Ketika dua wanita terbabit menghampiri sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang dipandu rakan mereka tidak jauh dari rumah itu, katanya, penduduk bertindak menahan mereka.
“Pada mulanya seorang daripada wanita itu tidak mengaku mengambil beg milik adik ipar saya, tetapi selepas siasatan mendapati beg adik ipar saya memang berada dalam beg galasnya.
“Rakan mereka yang sedang menunggu dalam kereta segera beredar sebaik menyedari dua rakannya ditahan penduduk sebelum kami menghubungi polis," katanya.
Sumber myMetro
3 Merujuk kepada perkara diatas :
peh, ada jugak macam tu yek. perempuan plak tu.
Malaun yg memalukan
Ya Allah memalukan betul.. amik kesempatan dalam orang ramai2.. ish kalu laki rasanya dh kena bantai kat situ jgk..
Catat Ulasan