GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 20 Ogos 2013

Jawapan Isu adegan ranjang Marsha Milan Londoh dan Wan Hanafi Su dalam filem LAGA,Ia pendidikan seks, bukan porno


MARSHA tidak kisah berkemban atau melakukan aksi 'panas' di dalam sesebuah naskhah, asalkan dia berasa selesa. ( Sumber kosmo! )

FILEM Laga belum pun menemui penonton kerana dijangka berada di pawagam pada tahun depan. Bagaimanapun, filem yang mengisahkan permainan sabung ayam itu terlebih dahulu mencuri perhatian apabila sedutan filem itu yang memaparkan babak ranjang mula tersebar di internet.
Walaupun babak ranjang antara aktor tersohor, Wan Hanafi Su dan pelakon jelita, Marsha Milan Londoh diselitkan dalam durasi yang cukup singkat, namun babak atas katil dengan Marsha hanya berkemban itu tetap menimbulkan persoalan.
Mungkinkah pengarah, Ismail Yaacob mempergunakan babak tersebut untuk menarik perhatian penonton ke pawagam, walhal filem itu dibarisi ramai pelakon handalan lain seperti Nasir Bilal Khan, Eman Manan, Ruminah Sidek, Syazwan Zulkifli, Zaidi Omar, Rosyam Nor dan Fadilah Mansor.
Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, ikuti temu bual Kosmo! bersama Wan Hanafi Su dan juga Marsha yang bergandingan sebagai suami isteri dalam filem itu.
Kosmo!: Sedutan filem Laga ada memaparkan babak atas katil antara Marsha dan Wan Hanafi Su yang menunjukkan anda berkemban. Adakah Marsha bersedia dengan impak penerimaan orang ramai?
MARSHA: Nama pun berlakon, jadi apabila berada dalam set penggambaran, saya profesional. Saya tidak fikir orang akan mempertikaikan kerana babak tersebut sebenarnya tidaklah seperti orang fikirkan.
Anda banyak berkemban dalam filem itu, tidakkah anda rasa diri anda dieksploitasi untuk melariskan filem?
Saya tidak pernah rasa diri dieksploitasi sebagai pelaris filem kerana sepanjang penggambaran, termasuklah babak itu, saya cukup selesa. Terpulang kepada penonton mahu menilainya tetapi nasihat saya, tonton dahulu filem ini sebelum menghentam hanya kerana satu babak panas itu sahaja.
Adakah pengarah memberitahu anda terlebih dahulu tentang adegan panas itu sebelum penggambaran bermula?
Sebelum penggambaran bermula, pengarah awal-awal sudah beritahu saya terdapat babak atas katil bersama Wan Hanafi Su. Dia menerangkan kepada saya tentang syot dan keperluan babak itu secara terperinci. Sebagai pelakon, saya juga tidak mahu masalah timbul di kemudian hari hanya kerana satu babak itu.
Sebagai pelakon, sejauh mana anda meletakkan had apabila diminta melakonkan aksi ranjang mahupun berpakaian seksi dalam filem?
Paling penting saya harus selesa dengan babak dan pakaian yang diberikan. Jika saya tidak selesa, saya tidak akan melakonkan babak yang diminta pengarah. Bagaimanapun sebagai pelakon, saya harus fleksibel.


WAN HANAFI SU mahu penonton jangan terus menjatuhkan hukuman terhadap lakonan ‘panas’nya bersama Marsha.


Pengalaman anda berlakon dengan Wan Hanafi Su?
Terus terang ini pengalaman pertama dan peluang yang saya tidak akan lepaskan. Dia seorang pelakon yang hebat dan banyak mengajar saya di set penggambaran. Malah disebabkan dia, mudah untuk saya melakonkan babak-babak yang agak berat.
Kosmo!: Adakah Wan Hanafi Su sedar babak atas katil bersama Marsha bakal menimbulkan kontroversi apabila filem itu dikeluarkan?
WAN HANAFI SU: Ingin saya tegaskan, babak itu bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem porno. Ini kerana dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada katakan, jika ingin dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang dipaparkan. Tidak ada sebarang babak ghairah seperti yang difikirkan orang ramai.
Bagaimana pula impak kepada anda sebagai pelakon handalan, tidakkah babak itu menjejaskan imej anda?
Saya okey sahaja, memang sepanjang kerjaya lakonan inilah kali pertama dan saya gembira dapat melakonkan babak sedemikian. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol.
Adakah keluarga anda tahu tentang babak itu?
Alhamdulillah, keluarga saya amat memahami kerjaya saya sebagai pelakon, mereka menerimanya dengan baik. Saya harap penonton membuat penilaian selepas mereka menonton bukanlah berdasarkan triler sahaja kerana saya sendiri seronok melihat hasil filem ini di bawah arahan Ismail Yaacob.

Sumber kosmo!

1 Merujuk kepada perkara diatas :

encik bakul 21 Ogos 2013 pada 9:56 PG  

bersifat mendidik? tapi orang lain tak fikir macam tu maa..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP