GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 21 Ogos 2013

Buang air kecil di luar mangkuk tandas akan didenda

MEREKA yang membuang air kecil di luar mangkuk tandas akan didenda sebanyak RM52.60.- Agensi

BEIJING - Orang ramai di China yang mempunyai sikap suka membuang air kecil di luar mangkuk tandas yang disediakan ketika menggunakan tandas awam di Shenzhen akan didenda.

Bagaimanapun, draf undang-undang itu tidak menyatakan kuantiti minimum air kencing yang boleh dianggap sebagai satu kesalahan.
"Pengguna tandas awam yang biadap akan dikenakan denda sebanyak 100 yuan (kira-kira RM52.60) oleh pihak berkuasa bermula bulan depan," kata seorang pegawai kerajaan kepada AFP.
Para pengguna rangkaian media sosial weibo di China mula mempersenda langkah yang diambil itu. Ia dilihat meningkatkan lagi kemungkinan kumpulan pemeriksa tandas akan dilantik bagi memeriksa keadaan setiap tandas yang ada.
"Beberapa jawatan baharu penjawat awam akan diwujudkan. Terdapat penyelia di belakang setiap orang yang membuang air kecil untuk melihat sama ada mereka kencing betul-betul ke dalam mangkuk tandas," menurut satu komen sinis yang ditulis pada sekeping poster.
"Ini satu langkah yang sangat baik dan dijangkakan sebanyak 20 peluang pekerjaan dapat diwujudkan secara purata di setiap tandas awam di sini," jelas satu komen yang lain. 
- Agensi


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP