GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 11 Ogos 2013

Guna sudu potong rantai besi kaki

Guna sudu potong rantai besi kakiWee Jie menunjukkan keadaan tangannya selepas berjaya melepaskan diri daripada kumpulan al-Qaeda di Selatan Filipina pada sidang media di kediamannya di Bukit Pelandok, Port Dickson, semalam.
Port Dickson: Tung Wee Jie, yang diculik kumpulan al-Qaeda di Selatan Filipina selama sembilan bulan, berjaya melarikan diri dengan memotong rantai besi kakinya menggunakan sudu.

Wee Jie, 26, berkata sejak ditahan November tahun lalu, beliau berusaha mencari jalan untuk lari memandangkan setiap hari terpaksa mendengar penculik mahu membunuhnya dengan pelbagai cara, termasuk mahu menghumbannya ke laut, menembak atau menetak dengan parang. 

Menceritakan detik diculik, beliau berkata: “Pada 14 November tahun lalu, ketika bersama sepupu, Tung Wee Wei, 34, bekas rakan perniagaan bapa Wee Wei dan seorang pekerja, kami ditahan sekumpulan tujuh lelaki di ladang kelapa sawit Kampung Manakayang bersebelahan FELDA Sahabat 15, Lahad Datu, Sabah. 


“Kumpulan bersenjatakan parang itu memaksa kami berjalan kaki 2 kilometer hingga ke pantai dan menaiki bot yang sudah menunggu di situ sebelum meninggalkan rakan perniagaan bapa Wee Wei dan seorang pekerja di pantai.

Ditutup dengan tikar

“Sepanjang berada dalam bot, saya dan sepupu diarah supaya baring dan ditutup dengan tikar. Beberapa jam kemudian, kami dipaksa menaiki bot lain dan tiba di sebuah pulau kecil.

“Kami tinggal lima hari di pulau itu sebelum dibawa ke Pulau Sulu dan tinggal dalam pondok kecil dibuat daripada buluh. Kaki kami diikat dengan rantai besi,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di Bukit Pelandok, Lukut, di sini, semalam. 
Wee Jie berkata, selama berada dalam pondok itu, mereka kerap demam selain ketakutan.

Katanya, pada 18 April lalu iaitu selepas lima bulan bersama, sepupunya yang menghidap penyakit darah tinggi dan sering menggigil kerana trauma dibawa ke hospital.

“Sejak itu saya tidak berjumpa dengannya. Bila saya bertanya, kumpulan penculik berkata beliau sihat dan selamat.

“Sejak itu saya nekad melarikan diri dan mulanya mengambil masa tiga minggu untuk memotong rantai besi menggunakan sudu, bagaimanapun perbuatan itu dikesan penculik dan dipaksa tidur dengan mereka dan dihantar ke pondoknya pada waktu siang,” katanya.

Wee Jie berkata, beliau sekali lagi nekad memotong rantai besi itu dan berjaya melakukannya dalam masa dua jam, namun mengambil masa hampir sebulan untuk belajar selok belok kawasan berkenaan sebelum dapat melarikan diri.


BH


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP