Isu bikini cetus kontroversi di Sukan Perpaduan Islam
Tweet
PALEMBANG - Sukan Perpaduan Islam yang akan berlangsung di Indonesia pada hujung minggu ini dihimpit kontroversi isu pemakaian bikini sukan oleh atlet wanita.
BENDERA negara-negara yang bertanding dalam Sukan Perpaduan Islam menghiasi perkarangan Kompleks Sukan Palembang di Palembang semalam.- AFP
PALEMBANG - Sukan Perpaduan Islam yang akan berlangsung di Indonesia pada hujung minggu ini dihimpit kontroversi isu pemakaian bikini sukan oleh atlet wanita.
Sebahagian negara meminta semua wanita menutup aurat untuk acara bola tampar, trek dan padang serta renang tetapi pihak penganjur enggan melarang pemakaian bikini itu.
"Jika sebahagian negara enggan menggunakan bikini, ia baik tetapi jika negara lain mahu menggunakannya, kami akan membenarkan," kata ahli jawatan kuasa penganjur, Djoko Pramono.
"Kami bersetuju mengguna pakai peraturan sukan antarabangsa termasuk etika berpakaian," tambahnya.
Beribu-ribu atlet dari 44 buah negara berpenduduk Islam termasuk Malaysia akan mengambil bahagian dalam temasya sukan tersebut pada hujung minggu ini.
Namun, kata Djoko, hanya negara yang diperintah kerajaan Islam menentang pemakaian bikini dengan membuat aduan secara berkumpulan.
Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan nama negara yang membuat aduan tersebut.
Tahun ini merupakan kali kedua temasya itu diadakan dengan Sukan Perpaduan Islam pertama berlangsung di Arab Saudi.
- AFP(kosmo!)
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan