GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 19 September 2013

Keluarga Pembunuh,Suami,Isteri,Anak,Atuk dan Nenek semua pembunuh

INESSA Tarverdiyeva.
Moscow: Tanpa banyak yang kelihatan meragukan, sepasang suami isteri dan seorang anak mereka rupa-rupanya menjadi pembunuh dan perompak bersiri sejak enam tahun lalu.
Dalam satu daripada jenayah yang dilakukan, Roman Podkopaev; isterinya, Inessa Tarverdiyeva dan anak perempuan mereka, Viktoria Tarverdiyeva mengikat seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sebelum menembak mangsa. Mayat itu kemudian dilapah.
Penyiasat percaya 30 individu lain, termasuk termasuk kanak-kanak dan polis menjadi mangsa keluarga itu. Media melaporkan, keluarga ganas terbabit menjalankan misi jenayah itu seolah-olah seperti mereka keluar untuk bekerja di pejabat.
Bagaimanapun, Podkopaev, 35, terbunuh ketika berbalas tembakan dengan polis minggu lalu, manakala Inesaa, 46, yang juga bekas jururawat cedera parah.
Podkopaev adalah seorang doktor gigi. Keluarga berasal dari Stavropol di Russia itu aktif menjalankan kegiatan mereka di kejiranan Rostov untuk menyara hidup.
Namun, polis berkata, sebenarnya mereka sudah mempunyai kehidupan yang baik dan selesa.
Jurucakap polis berkata, keluarga itu biasanya memberitahu jiran tetangga kononnya pergi berkhemah sebelum menghilangkan diri untuk melakukan kegiatan jenayah.

Dalam satu serangan, mereka menembak mati askar payung terjun, Dmitry Chudakov; isteri mangsa, Irina dan anak lelaki pasangan itu yang berusia tujuh tahun.

Mereka kemudian menikam anak perempuan mangsa, Veronika sebanyak 37 kali. 
- Agensi

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP