GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 22 September 2013

Warga Nepal bikin kecoh,Maut bergaduh hanya kerana berebut tempat duduk bas

Kishor (kanan) menceritakan punca berlakunya pergaduhan dalam bas yang berakhir dengan kematian.

HULU SELANGOR - Seorang lelaki warga Nepal mati akibat dibelasah ketika cuba meleraikan pergaduhan antara rakan sekerjanya.

Mangsa, Patee Ram Radh berusia awal 30-an dipercayai mengalami kecederaan dalaman setelah dadanya dipukul dengan kasut bersalut besi milik seorang suspek.

Menurut rakan mangsa, Kishor Kumar Yadav, 21, kejadian itu berpunca daripada pertengkaran antara dia dengan dua suspek merebut tempat duduk di dalam bas ketika kesemua 32 pekerja kilang membuat rim aloi dan memasang tayar kenderaan pulang daripada kerja menuju ke asrama di Apartment Teluki.

“Saya mahu duduk tetapi berebut dengan seorang pekerja (suspek) sehingga kami bertengkar dan ketika itu Patee Ram cuba tenangkan keadaan tetapi pekerja itu terus berkasar.

“Kami hampir bergaduh di dalam bas tetapi pemandu beri amaran supaya jangan bergaduh di dalam bas. Selepas itu semuanya menjadi tenang,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Bukit Sentosa malam kelmarin.
Katanya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu bagaimanapun tidak terhenti di situ, tetapi sebaik sampai di depan asrama dan semua pekerja turun daripada bas, dia tiba-tiba dibelasah oleh suspek bersama seorang lagi rakannya.

Menurutnya, ketika itu mangsa datang untuk meleraikan pergaduhan namun turut dibelasah dan dipukul hingga mengalami kecederaan dalaman.

Sementara itu, seorang lagi rakan mangsa, Barham Dev Yadav, 27, berkata, dalam keadaan cedera mangsa telah kembali ke asrama setelah pergaduhan itu berakhir dan sesuatu mengejutkan apabila mangsa dikatakan mengadu sesak nafas dan menunjukkan perubahan negatif.

“Selepas pergaduhan reda, Patee Ram naik ke asrama dan saya bersiap-siap untuk menyiapkan makan malam.

“Tapi saya terkejut tengok Patee Ram terbaring matanya tertutup, air liur meleleh, perut dan kaki pula sejuk sedangkan saya tengok dia biasa saja tadi. Jadi saya gosok-gosok kakinya bagi panas tapi keadaannya sama saja,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakan lain lantas meminta pertolongan daripada pemandu teksi menghantarnya ke klinik.

Bagaimanapun, dia terkejut setelah diberitahu mangsa meninggal dunia.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, polis menangkap tiga lelaki bagi membantu siasatan.

“Kita masih menyiasat punca sebenar kematian mangsa dan menunggu laporan bedah siasat.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa kemungkinan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke klinik kerana pihak klinik mengesahkan mangsa sudah tidak bernyawa ketika tiba di klinik berkenaan.

Sumber sinarharian


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP