Bikin Pesta liar sampai pagi
Tweet
GEORGETOWN: Sekumpulan 18 penuntut kolej dan seorang anggota polis Bukit Aman ditahan selepas mereka mengadakan pesta dadah di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong, kira-kira 8 pagi semalam.
Penahanan semua kumpulan remaja yang berusia lingkungan 20-an itu dilakukan selepas polis menerima maklumat daripada pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan yang mendakwa terdengar bunyi bising di sebuah unit kediaman terbabit.
Polis yang tiba di pangsapuri terbabit kemudian membuat pemeriksaan dan menahan 38 individu dan hasil ujian air kencing mendapati 18 daripada mereka positif dadah jenis syabu dan ganja.
Difahamkan, mereka sebelum itu menghadiri satu pesta liar berhampiran pantai di Batu Ferringhi, di sini, sebelum berlarutan hingga ke pangsapuri berkenaan.
Difahamkan, mereka sebelum itu menghadiri satu pesta liar berhampiran pantai di Batu Ferringhi, di sini, sebelum berlarutan hingga ke pangsapuri berkenaan.
SEBAHAGIAN daripada 18 suspek yang terbabit dalam pesta dadah di sebuah pangsapuri di Sungai Nibong, dibawa ke Mahkamah Majistret untuk di reman. FOTO Michael Ong
Kumpulan remaja terbabit dikatakan mengadakan pesta liar berkenaan dengan menjemput rakan secara eksklusif melalui laman sembang dan berkumpul beramai-ramai.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nasir Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahan semua suspek.
Menurutnya, semua mereka sudah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan reman hari ini.
Menurutnya, semua mereka sudah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan reman hari ini.
Sumber myMetro
2 Merujuk kepada perkara diatas :
Macam-macam kes zaman sekarang ni.
ya allah....
Catat Ulasan