GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 11 Oktober 2013

Cukup sekali tunai Haji, gesa Mufti Besar Arab Saudi

SHEIKH ABDUL AZIZ AL-ASHEIKH...Mufti Besar Arab Saudi.

JEDDAH 10 Okt. - Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh menggesa umat Islam yang telah pernah menunaikan haji, supaya mengelak daripada mengulanginya bagi memberi peluang dan keselesaan kepada jemaah kali pertama yang terlalu ramai.

Beliau menasihatkan umat Islam terlibat supaya menyedekahkan wang yang sepatutnya untuk menunaikan haji itu kepada sesiapa yang memerlukan.

Berucap dalam satu persidangan anjuran Kementerian Haji di Mekah, beliau berkata, ibadah haji sebenarnya hanya difardukan kepada setiap orang sekali dalam seumur hidup.

"Rasulullah (S.A.W) menunaikan haji hanya sekali. Umat Islam harus mengikutinya dan menjadikan haji mudah bagi setiap orang," katanya, lapor portal berita Arab News.


Sheikh Abdul Aziz menegaskan, tanggungjawab setiap Muslim ialah menyempurnakan ibadah haji sekali dalam hidupnya dan tiada keperluan untuk mengulanginya terutama pada tahun ini dan akan datang apabila jumlah jemaah terlalu ramai datang dari seluruh pelosok dunia. 

- ARAB NEWS(Utusan)

5 Merujuk kepada perkara diatas :

Tanpa Nama ,  11 Oktober 2013 pada 7:10 PTG  

Memang betul-betul sifat ikhlas dan tawadduk Sheikh ini. Kalau Makkah itu berada di negara ini pastinya Mufti (lantikan UMNO) lagi menggalakkan manusia dari seluruh dunia datang kerana boleh mendatangkan "income" yang besar kepada negara.

Sharinginfoz 11 Oktober 2013 pada 8:58 PTG  

sekali memang dah cukup bagi pula peluang orang lain

Abdul Hamid Hussin 12 Oktober 2013 pada 5:09 PTG  

Saya juga ingin berpendirian begitu - sekali seumur hidup - tapi tidak berupaya berhujah dengan mereka yang berpendapat sebaliknya

Tanpa Nama ,  14 Oktober 2013 pada 5:23 PTG  

Tak Payahlah Salahkan UMNO , Abang Sepupu Saya Bekas Orang Kuat PAS di Kelantan dah banyak kali naik Haji kalau tak silap saya dah 13 kali.kalau boleh hal agama buat cara berhemat kalau nak bagi ulasan. Malu kita sebagai orang Islam kalau semua pun nak salahkan pihak lain.

Tanpa Nama ,  18 Oktober 2013 pada 12:34 PTG  

UMNO pun dapat nama.Nampak mentaliti segala mahu di politikkan.Jgn lupa kilang carlberg di selangor itu income besar buat negeri juga.Jika nak segala nak di politikkan hanya mengundang perpecahan.Tanpa sedar kita adalah punca

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP