GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 13 Oktober 2013

Maut selepas berbalah pasal duit Sewa Rumah

ANGGOTA polis melihat mayat Mohd. Danial Iqbal (dalam bulatan) yang maut selepas terjatuh dari tingkat 14 sebuah kondominium di Pulau Pinang kelmarin.

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki yang didakwa mengurung diri di dalam bilik selepas berbalah dengan rakan mengenai wang sewa rumah ditemui mati selepas disyaki terjatuh dari balkoni tingkat 14 Kondominium Mutiara Bandar Perda di sini kelmarin.


Insiden pukul 11 malam itu mengakibatkan Mohd. Danial Iqbal Irwanshah, 21, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di kawasan berhampiran tempat letak kenderaan oleh penghuni premis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, siasatan mendapati, beberapa jam sebelum kejadian mangsa dikatakan telah berbalah dengan rakan serumahnya mengenai wang sewa rumah.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


2 Merujuk kepada perkara diatas :

suria lekatlekit 13 Oktober 2013 pada 1:05 PTG  

jatuh atau terjun? ke dok tgh stress lepak kat balkoni agresif sangat lepas tu jatuh.. apapun jgn buat spekulasi. Moga Roh beliau di tempatkan bersama orang2 yg beriman

Tanpa Nama ,  13 Oktober 2013 pada 5:24 PTG  

arwah abg danial terjatuh bukan terjun.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP