GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 26 Oktober 2013

Polis teliti SMS, video lucah yang diterima oleh perwakilan Puteri UMNO Bentong

Laporan Sinar Harian pada 20 Oktober lalu berhubung gangguan SMS dan video lucah diterima perwakilan Puteri Umno Bahagian Bentong.

BENTONG – Polis menjalankan siasatan terperinci dan dalam proses menyiapkan kertas siasatan berhubung kes perwakilan Puteri Umno Bahagian Bentong terima sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) dan video lucah, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mereka yang menerima SMS dan video lucah itu bertindak membuat laporan polis Isnin lalu.

Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

“Selepas polis lengkapkan siasatan, kemungkinan juga akan disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Bentong, Rohana Abdul berkata, pihaknya tampil membuat laporan polis berhubung perkara itu kerana bimbang akan keselamatan diri.

Katanya, seramai lima orang perwakilan Puteri yang menerima gangguan SMS dan video lucah itu membuat laporan polis.

“Mereka mula menerima gangguan SMS dan video berbaur lucah itu sejak Sabtu lalu semasa proses pengundian sedang berlangsung dan berterusan sehingga hari laporan polis dibuat.

“Ada yang hanya menerima SMS dan video pada hari Sabtu sahaja dan ada juga berterusan menerimanya sehingga kelmarin,” katanya kepada Sinar Harian.

Rohana berkata, pihaknya berharap individu tidak bertanggungjawab itu dapat dibawa ke muka pengadilan kerana perbuatannya itu jelas tidak bermoral.

Katanya, perbuatan sedemikian menyebabkan kehidupan seharian penerimanya terganggu dan keselamatan seakan terancam.

Sabtu lalu, seramai sembilan orang perwakilan Puteri Umno Bahagian Bentong dikejutkan dengan penghantaran SMS dan video lucah daripada pihak tidak dikenali.

Ada dalam kalangan mereka menerima lebih 20 SMS yang dihantar dari nombor telefon yang sama.

Sumber sinarharian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP