GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 13 Oktober 2013

Rupanya ! Bunyi Pesawat boleh ancam nyawa

Tahap bunyi bising yang tinggi boleh meningkatkan tindak balas hormon dan tekanan darah.

HEATHROW - UNITED KINGDOM. Mereka yang tinggal berhampiran kawasan lapangan terbang dan terdedah kepada bunyi bising pesawat dipercayai berisiko lima kali ganda lebih tinggi meninggal dunia akibat strok dan penyakit jantung.

Sainstis di Imperial College London dan King College London menjalan kajian ke atas 3.6 juta penduduk yang tinggal berhampiran Heathrow di barat London mendapati, bunyi bising mampu meningkatkan tindak balas hormon dan tekanan darah selain mengganggu tidur.

Kajian itu dilakukan di 12 daerah di London dan sembilan daerah di luar London dengan kekerapan bunyi pesawat melebihi 50 desibel.

Ketua penyelidik, Dr Anna Hansell berkata, kawasan dengan tahap bunyi bising pesawat yang tinggi boleh mengancam nyawa antara 10 hingga 20 peratus berbanding kawasan kurang bunyi bising.

"Punca sakit teruk disebabkan terdedah kepada bunyi bising masih belum dapat dibuktikan, namun amat munasabah ia mampu menyumbang kepada peningkatan tekanan darah yang seterusnya menyebabkan strok," katanya pada laporan Daily Mail.


Sumber sinarharian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP