GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 14 November 2013

Dicekup ketika tanpa pakaian bersama kekasih hati

DUNGUN - Tindakan seorang pelayan pusat karaoke menjadikan sebuah bilik rumah sewa kakak angkatnya di taman perumahan kos rendah, dekat Taman Rakyat, di sini, tempat memadu asmara bersama teman lelakinya membawa padah apabila port mereka diserbu pihak berkuasa, pagi semalam.

Serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah diketuai Inspektor Mohd Ridhwan Ismail dilakukan berikutan rumah terbabit sering dikunjungi individu mencurigakan, dipercayai golongan penagih.

Susulan itu, satu operasi khas dilancarkan dan hasil serbuan, tiga suspek berjaya ditahan di bahagian dapur, selain penemuan lebih 33 pil disyaki dadah jenis methapethamine dalam poket salah seorang daripada mereka.

Pemeriksaan dalam sebuah bilik seterusnya menemui seorang lelaki berada dalam keadaan bogel sedang tidur atas tilam bersama teman wanitanya, yang difahamkan hanya memakai seluar dalam tanpa coli.

Soal siasat mendapati mereka bukan muhrim dan pasangan yang masing-masing berusia 20 tahun itu difahamkan sering menjadikan rumah terbabit lokasi memadu asmara selain melepaskan gian dadah.

Penemuan tiga paket dipercayai syabu bersama 40 pil dipercayai dadah methapethamine di atas tilam menguatkan dakwaan ia milik suspek lelaki yang menjadi buruan polis kerana disyaki pengedar dadah, selain ujian saringan air kencing juga mendapati dia positif methapethamine.

Pasangannya bagaimanapun didapati negatif dan dilepaskan dengan jaminan polis.

Suspek lelaki yang beralamat di Kampung Balai Besar, ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah berbahaya 1952, manakala kekasihnya yang difahamkan berbangsa Cina yang baru memeluk Islam diserah kepada pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan lanjut.

Manakala tiga lagi suspek yang ditahan di rumah sama akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan tersebut.


Sumber sinarharian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP